Tuesday, 31 December 2013

Welcome 2014

Assalamualaikum w.b.t 
Ohoi all~

Pejam celik pejam celik masa berlalu dengan pantasnya. Baru semalam aku rasa aku baru struggle untuk final exam sem 1 sekarang ni, I'm struggling for final exam Semester 3. Masa berjalan dengan pantas. From 21 years to 22 tak cukup bulan.

Alhamdulillah. I'm really grateful. Selama aku hidup, aku hadapi segala cabaran bukan sebab usaha sendiri sahaja. Bukan kerana aku seorang yang mampu hadapi tanpa mereka. I'm not alone. Allah ada. Allah kurniakan mama and abah yang verylah understanding, supportive, penuh kasih sayang. Bertambah dengan adik-beradik yang sangat ohsemness tahap petala. Tak lupa juga all my friends. From Perak to Selangor, Selangor to Sabah. Alhamdulillah. Aku dikelilingi mereka yang truly hebat. 

Dalam tahun 2013, tipulah kalau sepanjang tahun tu takde drama sebabak air mata jatuh ke pipi, bergaduh, bermasam muka. Tipulah kalau takde. Life, nak tak nak for sure kena tempuh jugak. Aku kenal bermacam orang. Kenal bermacam perangai, and yang paling penting.. aku kenal diri aku. Aku mula belajar macam mana aku yang sebenar. Siapa aku? (sebenarnya akulah Selermun)

Bila dah menginjak tahun baru ikut tahun Masihi, mulalah sibuk-sibuk nak create azam baru  Konon. Apa azam aku kali ni? Takde azam. Mungkin harapan. Aku nak jadi yang baru. Bukan stay Fasihah Syahirah yang sama. Ye eh? Ye.. nak berubah. For good. 

Boleh ke? InsyaAllah. Aku semakin tua, bukan semakin muda. Semakin tua bermaksud aku semakin dekat dengan kematian. Mungkin ada. Azam aku.. aku nak bina hubungan yang lebih baik, mesra dan yang lebih erat dengan Allah, parents aku, adik beradik aku.. my friends. Kadang-kadang orang sibuk mengejar dunia, akhirat entah ke mana. Takut aku. Terlampau seronok sehingga lupa mati itu bila-bila masa. 

Tahun baru nak masuk.. kalau ikut jam sekarang, tinggal beberapa minit. We start a new chapter. Jadi yang lebih baik. Forgive and forget. Biar sakit.. tapi hati bahagia. Diri ini makin serius. Serius dalam segalanya. Harapan. Harapan cuma harapan.. don't expect too much from the hope. 

But who cares.. siapa nak berubah.. ignore je anasir-anasir yang jahat hasut kita, ajak kita nengok benda tak elok. Contoh je.. hhee.. oklah.. aku rasa dah terlampau mengantuk sampai ayat pun macam tunggang terbalik. 

Happy New Year 2014. Forget the past. Struggle for the future. Assalamualaikum w.b.t

Thanx for reading . Salam.


Last picture for 2013. Alhamdulillah. Still can smile happily :)

Tuesday, 24 September 2013

Welcome Bee Mok!



Aku - kite :)

Assalamualaikum. Taraa !! Hari ni nak memperkenalkan salah sepatung keluarga baru. Nama dia Bee Mok. Sebab dia gemuk dan bulat, kite panggillah dia Bee Mok. Bee tu sebab patung ni spesis lebah/tebuan or whatsoever yang sewaktu dengannya.

Macam mana dapat benda alah ni ? Orang bagi :) Orang bagi sebab birthday kite yang baru 2 hari lepas you! Tanjoubi omedetou! Im officially 21. Tapi gaya sekarang tak macam 21.. sobs.. 

Oh ok.. nak cakap pasal Bee Mok ni.. Waktu dapat dia. memang happy sangat-sangat. Tak expect pun dapat. Tetiba pulak kan ada orang buat birthday surprise. Gile tak terharu. Sebab semua buat gaya 22-Sept takde dalam kalender. Padahal 2,3 weeks before tarikh sebenar dah uar-uarkan. Hehe.. saje :)

Bee Mok ni sangat comel, bulat, gemuk dan pendek.. Adalah ciri-ciri kite kat dalam Bee Mok ni. Pandai orang yang bagi ni pilih. Toce toce toce .. First tengok Bee Mok ni, ingatkan monyet. Muka macam monyet, lepas tu ada gaya lembu.. sebab nampak tanduk tapi tu sesengat dia . Pusing 2,3 kali baru tau Bee Mok ialah tebuan yang chubby. Haha..

Mula-mula dapat happy sangat. Treasure betul-betul ni. Taknak bagi siapa pun sentuh termasuk tuan yang belikan. Tapi bila dah ada konflik sikit dengan orang yang sama, mulalah rasa nak backhand Bee Mok ni. Sobs. Saya sangat kejam kepada Bee Mok. Sekarang pun treasure jugak.. tapi bila dah gaduh.. mulalah rasa Bee Mok ni untuk orang yang lebih sesuai jadi tuan dia.. bukan kite :( 

Kite rasa, kalau Bee Mok ni dapat tuan yang sebenar, confirm tuan dia mesti yang ayu, jujur, baik, amanah, tak sakitkan hati.. ugh.. kira pakej lengkaplah nak dapat hadiah macam Bee Mok. Eii tapi dah sayang sangat kat Bee Mok, sedih pulak bila fikir tuan yang bagi patut bagi Bee Mok kepada orang yang lebih berhak. Sedih sedih sedih. *nangis berjujuran*

Itu je la nak cakap pasal Bee Mok :p oh nama penuh dia Bee Gemok bin Budak Buntal. Hahahaha.. Untuk Bee Mok, saya mungkin tak dapat jadi tuan yang baik, tapi kite akan treasure awak betul-betul even tuan yang bagi ni tak suka kite dah :( (merajuk Mumu ni, tutup telinga Mumu)

Btw, mereka buat birthday suprise. I got two cakes. One, from them.. Second, from Brenda :) Love them so much. First time dapat yang sekaligus camni. Semoga persahabatan berkekalan till forever. InsyaAllah. 


Yang ni present yang aku dapat .. dari kiri, Mausi, Shiro, Bee Mok and the last one .. err ... losyen ? Heee

Birthday Cake daripada Brenda :) supported by all my classmates yang OHSEM

sankyu. Happy reading :)

p/s : sangat hargai apa yang berikan kpd sy .. lalalalala ..

Sunday, 21 July 2013

Antara ciri-ciri lelaki yang wajib dijauhi

Assalamualaikum w.b.t :)

Tengok title dah tahu aku nak cakap pasal apa. Ni bukan masalah peribadi aku sendiri tapi ni masalah yang selalu aku tengok, perhati menerusi alam maya, realiti, kisah orang lain dan sebagainya... :) Oh ye, entry kali ini agak emosi. Sila baca dengan nada assertive bukan aggressive.

King Control

Lelaki jenis 'king control biasanya lelaki yang suka mengawal setiap laku partner dia. Sangat berbeza dengan lelaki yang berkepimpinan, lelaki jenis ini suka sangat ataupun lebih kepada memaksa partner dia ikut cakap dia. Eh watahek. Kalau akulah kan aku tak ngam betul lelaki style cenggini. Aku tak suka hidup dalam peraturan, I mean aku tak suka orang arah aku buat tu buat ni melainkan benda tu bagi benefit kat aku. Kalau lelaki tak suka wanita yang act sebagai queen control macam tu jugak wanita pun tak suka jugak lelaki perangai camtu. Eh tapi kalau dah kahwin, mesti kena ikut arahan husband kan? 

Membanding-bandingkan partner dia dengan girl lain

Lelaki jenis ni serius aku heran giler, tak paham motif dia.. suka sangat nak compare partner dia dengan the other girl. Tak boleh ke kau just stick dengan girl tu accept dia punya kekurangan dan kelebihan dia? Kalau nak sangat comparelah kan better kau buat diary baca untuk kau sendiri daripada kau cakap kat dia kau sakitkan hati dia. Pantang betul dengan lelaki camni. Kot ye pun nak puji kecantikan atau kelebihan orang lain, jangan cakap kat dia then pumpampumpam melangit puji orang lain. Ambik hati dia cakap "awak,awak.. awak dah cantik dah.. tapi lagi cantik kalau pakai tudung macam si tutt ni." Aku tak rasa partner dia akan terasa kalau lelaki tu cakap macam tu. Ke nak bagi partner dia jeles? Yang tu aku tak tahulah. Kalau aku, aku tak rasa jeles.. tapi rasa down sesangat. Buat apa nak kat aku kalau kau puji orang lain tinggi melangit. Tettt !



Kaki pukul

Yang ni tak payah fikir panjang.. blah cepat-cepat sebelum muka kau masuk METRO. Serius. Tak kahwin lagi dah naik kaki sampai ke muka apatah lagi bila dah kahwin.. bukan setakat partner tu silap-silap anak-anak pun kena sekali. Mintak simpang jumpa lelaki macam ni. Yang cepat marah at the same time cepat cool boleh accept lagi , hembus ayat kursi kat muka dia InsyaAllah baik dah.. Jenis kaki pukul kau tak sempat ambik wudhuk dah kena pelempang sedas dua. Ngee exaggerated pulak. Tapi benda betul kan? Kalau dah nampak tanda-tanda lelaki tu jenis kaki pukul, blah je. Tak payah risau banyak lagi lelaki lain yang lebih berhak untuk kita. Peace!



Cemburu Buta

Lelaki cemburu itu perkara biasa and aku pun setuju kalau lelaki cemburu nampak cute, tak tipu. Tapi ! Tapi.. bila dah tambah buta kat belakang cemburu sumpah dia tak nampak cute dah. Aku seram dengan lelaki macam ni. Cemburu buta tu satu penyakit hati yang sangat bahaya dowh.. Boleh bawak ke arah mencederakan orang. Giler tak seram? Sembang dengan abang maxis mintak suh bayar bil lelaki tu dah naik hangin lepas tu cemburu tetiba tak tentu pasal. Sangat saiko (psycho) ok? Pun mintak simpang jumpa lelaki macam ni. *smirk*


Inilah antara ciri-ciri lelaki yang patut dielakkan aku highlight. Banyak lagi kot sifat-sifat negatif lelaki yang patut dijauhi. Isy kenapa anti sangat dengan lelaki. Bukan anti ....... tapi berwaspada. Takmau kecewa di kemudian hari.And aku rasa.. rasa jela .. mostly, wanita termasuk aku.. memang tak suka lelaki setail lagu ni.. Kalau tak suka kenapa masih bersama? Hmm.. itu wanita. Hati diorang sangat lembut. Kalau lelaki tu panas baran tahap gaban macam mana pun kalau dah pandai mengayat.. sikap panas baran pun dah tak nampak . Yang diorang nampak bahtera mahligai kita bina bersama (ayat tak tahannn) So kalau dah nampak hints yang macam ni silalah berwaspada kalau taknak muka masuk METRO . Hikhik. Femes sebab masuk hospital sekejap :3

Alhamdulillah.. setakat ni aku tak jumpa lagi lelaki-lelaki seperti ni. Abah and abang aku bukanlah tergolong setail camni. Even kengkawan aku. Semua jenis protective. Ohmaigad tak sangka aku puji diorang. Cis! Oh.. ada je yang jenis cepat marah, tapi dia okay.. Sangat okay. Cepat marah tapi cepat kool. :) Which is good sebenarnya. Yela kalau dia baik sangat .. pendam-pendam selalu lama-lama mesti meletup gak kan? Even marah dia selalu buat kitorang gaduh Hey.. selalu? Ye..selalu..bukan sehari, bukan dua hari, tapi berhari-hari. Awak dengar tak ? Berhari-hari kita gaduh. Hehe..

Berhari-hari gaduh pun still boleh make up balik kan? Tapi mesti ada drama sebabak yang akan terjadilah before nak make up balik tu. -_- dua-dua tak matang. Baguslah fasihah syahirah, first time kau bertemu orang yang keras kepala macam kau. Shoot! Hehe..

Ok otak dah start traffic. Taip pun benda mengarut je. So live well pada yang tukang baca (as if) Wanna sleep.. Assalamualaikum. 

p/s: hari ni rasa tak dilayan sgt. Kbai.. merajuk dalam diam. Ceit gedik. Sejak bila pulak pandai merajuk bagai. Pfft . Cioussu bebeh.

Friday, 19 July 2013

Yunabilah

Assalamualaikum w.b.t :)

Bilah dah pergi.. Erti kata lain.. aku seorang kat rumah ni bila mama dengan abah pergi kerja. Sedih ? Of courselahhh .. takde geng nak buat bergaduh. Takde geng nak bagi talk (tazkirah) So untuk hari ni je.. aku tidur, aku menghadap laptop .. (baca manga+recite quran through youtube+facebooking) Nampak macam tak ada life kan? Alhamdulillah ada jugak kesedaran guna laptop ni recite quran.. Habis jugaklah satu surah even lebih banyak mendengar and faham maksud. *malu*

Hisyy.. KALAU ada oven boleh bake cake (kununn) time barang takdelah timbul keinsafan nak baking cake segala. Dulu kat rumah lama, menggedik taknak baking siap beli yang instant punya. Instant bukan sedap pun. Buat sendiri lagi sedap. Ye? Tak pernah rasa lagi.. Haraplah kalau barang-barang dapur dah sampai, nak jugak buat bukan setakat sebijik, bukan dua bijik, bukan tiga bijik tapi berbijik-bijik kek! Faham tak? Berbijik-bijik kek!! Hehehe... Yela tu. Percayalah sangat nak buat banyak kek. Sebijik pun tak lepas. Ada hati.. Hak alahhh.. at least ada jugak niat nak buat kek dari tak rasa nak buat langsung even ada sijil dalam bidang bakeri ni oit .

Semalam (18-7-2013) skype dengan Musfirah, dia ajak keluar jenjalan (27-8-2013) Tengah fikir macam mana nak cakap kat abah. Sebab bila cakap kat mama, mama macam bagi.. MACAM.. tapi tak tahu macam mana. Kalau abah pulak .. rasa macam kena gude-gude (seduce) cakap lembut-lembut.. hehe.. baru boleh mintak kebenaran nak keluar. 60% yakin boleh keluar. Tapi nak keluar ramai-ramai. I mean ramai-ramai tu termasuklah yang lain ........ Ta ta taaaaa ! 

Buat plan dulu. Fikir dulu nak pergi mana. Yang penting tengok ongkos dia. Duit bulan 8 tak masuk lagi. Celcom dengan Maxis kejadah mintak bayar bil. Hisy better Celcom ni aku terminate cepat-cepat. Bukan boleh guna pun kat Tapah. Not as good as Indah Permai lah .. Indah Permai line celcom memang terbaik! Pfftt takdelah terbaik mana. Boleh pakai kira cun lah tu..

Okeylah .. nak menginsafkan diri. Off-flip laptop sebab dah banyak buang masa dengan benda-benda yang lagha. Cewahh.. Rasa untuk entry kali ini ada banyak story in one entry. Macam tak tahu nak cakap apa. Semua benda nak bagitahu. 

*rasa lega sebab tak ramai yang baca benda yang mengarut ni* Ok bai. Salam.

lately rasa muka ni macam makin tembam ! Ohmaii

giler tak rindu budak ni ? rindu gilerr ..
p/s : orang selalu tanya siapa lebih tinggi .. bilah atau aku . Maka selepas disoalsiasat dan diteliti .. aku lebih tinggi .. baru lepas ukur time solat tarawih semalam. Dimana kitorang tak pakai heels or wedges pun nak buat lebih tinggi . Aha!

Wednesday, 17 July 2013

Recent Activity In Tapah :)

Assalamualaikum .. :)

aku - kite (nampak sopan di Bulan Ramadan :p)

Dah tiga hari ada kat Tapah. Excited sebenarnya balik Tapah. Rumah barulah katakan. Suasana pun baru. Disebabkan semua barulah kite tak buat apa-apa. Takde kereta, washing machine, freezer.. yang ada laptop dan Wifi. Well, it's okay je pun sebenarnya. Boleh jugak rasa rumah-baru-kahwin. Rumah yang takde apa-apa sangat kecuali pinggan mangkuk, rice cooker, dapur gas and so on. Merasalah jugakkkkk.. Lol.

Tapah ni pun bukanlah teruk sangat. Tempat dia just err sunyi sikit, depan surau (which is good) ada backyard kat belakang rumah (cewah). Overall okay larr.. Bersyukur meh! Bila dah balik rumah ingatkan kenalah buat kerja rumah tapi TAK PAYAH! hehe.. sebab takde benda nak kena masak, basuh baju sebagainya. Setakat nak tunjuk rajin, sapu sikit-sikit lantai.. kemas rumah (tak banyak barang so nampak bersih je) kemas dapur. Takdelah kena marah sangat kalau bangun lambat macam duduk kat rumah sewa. Perangai.. sangatlah tak senonoh!

Paling best, abah tak marah. Mungkin sebab lama gila tak jumpa, anak-anak pun pulang bercuti abah pun ikut je la kehendak kitorang yang mengada-ngada ni. First day baru sampai Tapah tu singgahla kejap pergi bazar.. abah bagi duit seploh hengget. beli je apa yang nak. Suka? Mestilah suka tak payah guna duit sendiri. Tamak gila kot kitorang adik-beradik beli semua yang berkenan. Dah siap beli bagai, nak kereta hapeh semua tetiba abah buat drift pulak, terjatuhlah air tembikai laici yang kite beli dan pecah. Alhamdulillah air sempat diselamatkan even dah terkeluar saki baki air tembikai tu. Dalam hati dah dupdapdupdap risau kena marah..tapi takkkk abah hanya mampu berkata, "Laaa..angkat cepat." tu je.. Nampak tak kat situ ? Nampak tak abah kite ni macam mana. :p

Hailaa dah tak tahu nak cakap apa. Traffic lagi kat sini. Problem besar.. ada je benda nak cakap tapi taktahu nak luahkan. Sebab tu selalu kena marah. Asyik lupa je benda nak cerita. Sorry! Hey rindu kawan-kawan kat Uitm. Semua. Semua? Ye semua.. mengada-ngadakan..ada kat Sabah takde nak rindu bagai siap nak balik cepat lagi. Taknak berhubung dengan dunia luar, kononnya.. Bila dah jauh tahu pulak rindu. Ngee.. Harap dapat lepak dengan diorang semua before balik Sabah. Nak jugak merasa keluar dengan diorang kat Semenanjung. Ada ke? Adaaaa .. mesti ada! :)

K bai . Taktahu nak cakap apa. Sangat traffic lepas tengok video Bobo buat parody. Haih . Nasib tak habis. Salam Ramadan buat semua. 

p/s: Jom kita cuba untuk khatamkan Al-Quran di bulan Ramadan ini? Jomjom :3 Fighting!


Papehal family come first. Love ya :)

 nampak budak belakang ni? Rindu kat dia weh!

Kalau ada gambar-gambar lain bolehlah upload.. tapi takde. Sorry geng. 






Monday, 17 June 2013

A day to remember :)

Maaf is just a word. Tapi, kalau kita ikhlas .. I think it will be more than just a word. You have to prove it :)

Assalamualaikum w.b.t

Ada banyak benda nak cakap ni .. tapi setiap kali naik taip something mesti traffic kat mana-mana tempat. Bahasa pun macam dah tak betul. Hanya mengharapkan orang yang membaca boleh faham tanpa penjelasan yang lebih jelas. Erk? (Buat-buat paham je)

15/6/2012 .. (Camne nak start ni)
Ritu kat 1B.. purse aku hilang.. sama ada tercicir.. aku main-main campak .. or I'm too careless tak tahulah.. Tapi purse aku tu hilang camtu je.. tanpa ada klu. Waktu tu baru perasan time nak membayar sandal. Time nak membayar tu baru perasan yang purse tu tak ada dalam beg aku yang besar gedabak. Cuak tak cuak.. sandal tak bayar lagi kot. Nasib baiklah waktu tu, Fira tolong bayarkan. Okey memang malu gila. Ni dah masuk kali kedua aku hilang purse! First time hilang purse, ada orang jumpa, dia pulangkan balik. Second time hilang.. memang tak jumpa-jumpa dah!

Seriously waktu tu memang aku tak tahu nak buat apa. Dalam purse tu biasalah ada I.C, driving license, bank card bagai and duit! Bila dah hilang tu mulalah rasa macam pengemis sebab dah tak ada apa-apa. Adalah duit dalam rm3. Eii bayar duit tambang lepaslah!

Waktu tu, nak menangis air mata darah pun useless gila.. sebab menangis can't bring my purse back. So.. aku call abah guna fon kawan (kredit sendiri pun cam harom, sengkek gilak) gitau yang purse ni hilang. Bla bla bla.. Abah suruh buat laporan polis. Time tu nak maghrib dah.. so rasa macam bahaya kalau pergi balai polis sebab tempat tu macam jarang orang lalu (alasan)

Alhamdulillah, aku ada kawan-kawan yang sangat-sangat baik. Diorang tenangkan aku. Taktahu lah apa diorang buat sebab waktu purse aku hilang takdelah macam pathetic gila. Hmm.. mungkin sebab abah dah masukkan duit kat akaun Fira. Tu yang rasa sedikit berharta even without my identity. Ada kawan ni selalu tanya okay ke tak okay.. Eii.. orang tengah risau pasal IC, ngn duit tu mestilah tak okay.. tapi agaknya dia boleh faham kot reaction aku macam mana. Tu yang dia macam tak cari pasal dengan aku. (Kot)

Terima kasih sangat-sangat kat korang yang keluar sekali waktu tu, hari tu.. Even tu macam first time kite keluar sekali.. Rasa best sangat sampai taknak balik -_- hehe.. Terima kasih jugak tolong tenangkan diri ini. Maafkan saya sebab saya ni careless sangat-sangat. Akanku ubah perangai tersebut.  InsyaAllah.

Yang pasal purse yang hilang tu.. Itu kedua dan yang terakhir aku buat perangai cuai tu.. lepas ni kena jaga elok-elok! Eii .. duit aku kot .. Geram-geram.. Fuh.. sabar je la.. Okay dah tak tahu nak cakap apa. Sebenarnya banyak gila nak taip bagai. Tapi mesti traffic lepas tu lupa terus. Haih .. Last but not least . Keluar hari tu memang best . Ok ? Thanx!

-Sabtu ni last keluar sebab nak release stress! Direct ada test .. shesshh
Hilmi . Fira n Me :) y capture tu tenkiu!

My bestfwen . Fira !
*Sorry .. y tukang capture . Gambar takde . Later okeyh . Btw thnx .. sebab selalu tanya diri ini okey ke tidak.* :) appreciate that . 





Wednesday, 5 June 2013

Unknown reason

Assalamualaikum w.b.t . This will explain everything. *maybe*

copy paste!


Aku kenal sorang ni .. bagi aku dia jenis yang blur .. tak kisah mana kat aku. Sampai satu tahap aku tak tahu apa dia fikir, aku tak tahu apa dia nak. Jadi, aku pun buat satu kesimpulan bahawa mungkin jugak dia tak faham apa aku fikir dan tak tahu apa aku nak . Vice versa .

Dia kata aku ni takde perasaan. Bila dia cakap nak lost contact, aku okey je.. Tak kisah langsung. Sebenarnya bukan aku tak kisah.. aku ikut je keputusan dia. Konon supaya aku nilebih memahami dia. Kununnn.. Jadi aku tak kisah kalau dia nak off contact.  Ain't that sweet ? Pfft.. padahal dalam hati aku.. sedih tau tak. Cuma aku lemah sikit bab nak bagi reaction tu. Sedih tu sedihlah.. Hailaa.. 

Kat situ aku boleh nampak kaum lelaki ni, kalau kita tak bagitau apa yang kita rasa, apa yang kita nak dia takkan faham. Contoh, aku tak berapa nak suka kalau dia rapat dengan orang lain, girl lain sebenarnya. Tak suka tu bukan dia tak boleh nak berkawan langsung.. boleh .. tapi mungkin sebab aku tertengok depan mata aku sendiri, tu yang timbul perasaan tak suka. *I didn't ask for that* Jadi, bila time-2 aku tengah happy tertengok pulak dia dengan orang lain. Automatic aku jadi macam moody, serius tak ada mood. Dia text aku balas sepatah. Dia reply okay, aku reply lagi ciput --> "K". 

Bila dia tanya aku kenapa, aku jawab takde apa. Mengharapkan biar dia faham sendiri. Bagi aku tak semua benda kena cakap, tak semua harus ditunjuk. Tapi dia tak paham jugak. Asal boleh nak aku juga yang cakap. Dan bila aku taknak bagitau sebab kenapa aku berubah secara tiba-tiba dia tukar topik. Tukar topik sebab dia ingat aku takde ape-ape. -_-

Lagi la aku geram, rasa macam tak dipedulikan.. last-last aku bagitau jugak sebab dia, kenapa aku moody tetiba. Cis. Punya segan. Segan sebab motif aku moody tu remeh gila. Macam budak-budak.Takkanlah aku nak bagitahu dia aku tak suka tengok dia dengan orang lain. Eii aku takde ape kot dengan dia.. Sepatutnya aku tak boleh rasa macam tu. Nanti bila dia cakap apa hak aku nak jeles tak ke haru ? *tutup muka dengan blanket*

Aku kalau boleh taknaklah semua benda aku kena cakap.. taknak lah macam tu.. sebabnya kenapa aku pun tak tahu. Mengada-ngada punya penyakit la kot. -_- Dahlah.. Nanti lah aku try macam mana nak luahkan semuanya. *tengoklahhhh* 

K bai. Assalamualaikum.

(p/s: paling best .. bila aku menangis kerja tak siap ke.. dia boleh cakap.. "Laa..nak nangis buat apa. Bukan boleh siap pun assignment tu.. Hadoii .. first time jumpa orang macam dia. Unik betul . Haha.. Aku tak kisah pun dia jenis camtu.. :) Aku suka. K..



bila tak dilayan .. camnilah aku buat kat dalam bilik . Haha

Tuesday, 4 June 2013

Best neighbor ever .

Brenda Joan Jairim. A classmate of me. Story of me and her..

Brenda, first kenal dia .. rasa dia ni sangat-sangat talkative. *waktu tu rasa macam annoying dengan dia* taktahulah kenapa. Tapi itulah yang aku rasa bila datang Uitm Sabah. Sekelas dengan dia. Dia memang peramah. Mungkin disebabkan itu dia ajak masuk sekali dalam group Bel Sem Lepas. -_-

Lepas dah lama tu.. macam boleh masuk dengan perangai dia yang gila-gila. Tementang budak diploma dah habis so aku and Mizah duduklah kat satu bilik. And tak sangka langsung, disebabkan pindah bilik terus ngam dengan Brenda bila dia pun sama gak kena pindah dekat aras yang sama. 

Kitorang pun musykil jugak macam mana boleh rapat tetiba kann .. Rasanya waktu kelas account kot. Kot .. 
Biasanya aku kalau ada masalah, rasa macam nak manja-manja mesti pergi bilik Brenda.. kacau dia tengok movie. Time-time merajuk dengan Mizah (jenis yang cepat stress dan tidak mempedulikan orang lain) mulalah aku akan bawak diri pergi bilik Brenda. 

Bila dah pergi kat bilik dia semua benda nak cerita. Semua. Hehe.. For me, she is a good listener. Dia tak cepat judge orang. Kalau aku dengan dia ada problem kitorang akan cepat-cepat settle. Pernah jugaklah buat drama sebabak dengan dia sebabkan kesalahan yang aku buat. Hihi..

Brenda ajar aku makan makanan tradisional Sabah.. makan mangga sekali.. Dia tak suka durian. Sangat tak suka durian. Ada waktu roommate dia (Hani) bawak balik durian, dia suruh Hani keluar sebab tak tahan bau durian. Well.. bila aku dapat tahu yang Hani ni bawak balik durian terus pau si Hani dan masuk bilik Brenda! Seronok kacau tengok muka dia cemberut tahan bau durian. >3< Bila cuti sem je mesti skype dengan Brenda. Tak selalu tapi ada.. Sentiasa ingat kat Brenda, dia punya trademark selalu budak-budak kelas ikut.. 

Eii nak cerita semua pasal Brenda memang kena buat novel Alaf 21. Punya banyak. Lepas masing-masing dah sem 2, nak manja-manja dengan Brenda pun dah tak boleh.. Sobs.. but its okay.. selagi dia masih classmate, my ex-neighbor still the best!

Brenda .. ni post special untuk awak sebab awak selalu baca blog saya dengan bernada dan penuh bergaya. I love you kawan.. Maafkan saya kalau ada buat silap.. hehe yang drama sebabak tu.Tukang dengar cerita saya yang sentiasa merepek ni. Really appreciate it <3



Brenda , I miss these moment . Seriously :'(

Tuesday, 23 April 2013

Bila diri nak jadi ayu

Assalamualaikum w.b.t :) Hollaa..

Semalam, 220413, aku hang out togeder-geder with one of my bestfriend.. Memandangkan kitorang 2 je yang tak balik kampung halaman masing-masing terpaksalah menghabiskan masa dengan berfoya-foya mencuci mata melihat para lelaki yang hensem-hensem dan bajet kiut-miut. Oh ok. Straight forward la eh?

Aku ni sebenarnya dalam bab pemakaian seriously bukanlah jenis bergaya or fashionista bagai. Kira aku ni tergolong dalam golongan yang maha biasa, paling sesimple alam sebab keluar date pun boleh pakai seluar track. Kejadah!

Hii.. bukan aku tak suka nak feminin bagai. Suka.. teringin gila. Tapi..tapi.. *keluarkan sapu tangan* sobs.. Aku macam tak layak je pakai pakaian macam tu. Don't get me wrong bukan aku ada six pack macam Sazali Samad tu.. just tubuh badan aku ni tak sesuai. Faham tak, tak sesuai? *tutup muka dengan bantal*

Itulah semalam aku keluar dengan Asz (bukan-nama-sebenar) aku mintak tolong dia carikan aku satu dress yang menampakkan aku ni ayu dan kiut dan yang paling penting macam perempuan. *blushing* Asz tanya aku, pakaian yang aku tengah pakai sekarang ni tak menampakkan aku seorang perempuan ke? Sambil matanya memandang tubuhku yang dibaluti t-shirt lengan panjang dan seluar jeans berjenama PADINI. (dah mcm versi novel ni..hoho) Eii..bukan aku tak macam perempuan. Gaya aku ni macam umur belasan tahun. Tak macam umur duapuluhsatutahun. At least la kan kalau aku pakai macam ala-ala ladies nampaklah aku ni umur 21. Kononn..

Keputusan drastik mengapa aku nak berubah menjadi ayu 360 darjah disebabkan seseorang ni. Bukan apa.. soalan+kenyataan dia memang bestlah.. "Kenapa saya selalu nampak awak pakai seluar track?" Okey, sangat segan dengan dia sebenarnya bila dia cakap macam tu.. Tapi bila aku pikir balik bukan aku buruk sangat macam nenek kebayan pun kalau tak pakai macam orang lain pakai. 

That is so not me la kan kalau nak pakai dress macam tu.. Sebab? Aku ni kiut orangnya.. pakai je seluar track t-shirt lengan panjang dah comel dah. (abaikan statement yang puji diri sendiri tak ingat dunia) Nanti-nanti lah kalau nak ubah gaya penampilan  tu.. Kan? Dalam umur 23 ke.. aku berubahlah.. Oh, bukan berubah pakai pakaian seksi seksa bagai tapi lebih kepada ayu dan sopan. InsyaAllah..

ni kawan aku .. fira .. aku selalu jeles kat dia sebab dia ni comel+ayu
hehee... tapi aku sayang dia . :) sangat.
oh yang pakai seluar trek tu aku lah jgk tu .. tehee..



Friday, 12 April 2013

Cafe Cinta

Assalamualaikum w.b.t :)

Suatu hari di pagi yang hening.. suatu mesej diterima.

"Salam Seha, kamu satu rumah semua muslim ka? 
Kakak bercadang mau buat talk (usrah). Kalau buat di 
rumah kamu, kamu ok ka?"

    Kak Nidar

Dapat je mesej tu terus terbukak luas mata aku yang sepet ni. Ohmergedd.. Sudahlah rumah macam tongkang pecah, tak macam rumah anak dara dah. Malu kot.. Apa-apa pun aku balas okay, no problem. Serius, sangat berbesar hati sebab rumah kitorang yang biasa-biasa yang amat ni dijadikan tempat untuk membincangkan perihal ilmu agama. Alhamdulillah. 

So, lepas dah plan berbagai.. kak Nidar and sekutu TLC (tudung labuh clan) datang.. hehe.. Lepas dah solat maghrib berjemaah, and baca Yasin.. kitorang adakan sesi taaruf. Sesi berkenal-kenalan.. Before menunggu akak yang sepatutnya bagi talk tu.. kitorang diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing and menceritakan kisah cinta masing-masing.. Eii segan-giler-mak-ang! Luckily aku tak payah nak menceritakan kisah cinta aku yang mengarut giler. Hanya yang terpilih sahaja. Including one of my best friend! :)

Lepas dah cerita apa semua, datanglah akak yang bagi talk tu.. Her name is Kak Nadrah. Really simple person, energetic, and she is a nurse. Kak Nadrah ni ada style tersendiri bila bercakap, everything yang dia cakap sangat nice. Alhamdulillah, sangat berguna apa yang beliau cuba sampaikan. Aku share sikit-sikitlah apa yang aku dapat daripada talk tersebut. Ehem.. memandangkan usrah yang disampaikan ni berkenaan cinta, makanya semua excited bertanya kat Kak Nadrah pasal cinta.. psstt tak gatai pun.. cuma nak mendalami lebih dalam je makna cinta.. teheee! 

Untuk introduction, kak nadrah dah bagitahu awal-awal lagi.. kalau seorang lelaki itu betul-betul cintakan kita, pastinya dia berusaha ingin membawa kita ke syurga :) sangat terkesan sebab most of us sangat tidak serius dalam bercinta. Cinta jadi serius bila kita betul-betul maksudkannya. Dengan apa? Dengan membina baitul muslim. Baitul muslim ni erti kata lain ialah perkahwinan. Awww.. I like it.  Lepas tu, kak Nadrah explain wajah-wajah buruk cinta.. jeng jeng jeng..

1) Bentuk kecintaan terhadap dunia
Dalam surah Al-Kiamah ayat 20-21 ada menerangkan kecintaan kita terhadap dunia. 

2) Bentuk kecintaan terhadap harta benda
Ambil contoh paling mudah, Si Qarun yang mati tertimbun bersama-sama harta karunnya. Punyalah sayang dia terhadap harta karun yang Allah kurniakan pada dia sampai mati pun togeder-geder .. Isk..isk..

3) Bentuk kecintaan terhadap syahwat dan keinginan
Faham-fahamlah kan tentang apa.. maksiat yang berlaku.. zina dan sebagainya. Ni semua berpunca atas diri kita sendiri yang susah sangat nak mengawal nafsu liar. Cewaaahhh...

4) Bentuk kecintaan terhadap suatu yang buruk bagi dirinya.
Contoh yang boleh diambil macam dadah ataupun rokok.. ada orang yang hisap benda-benda alah ni fikir benda macam nilah boleh menghilangkan masalah or bagi diorang tenang. Hakikatnya? Benda macam ni memudaratkan diri mereka sendiri. Sadis.

5) Bentuk kecintaan terhadap suatu golongan yang menyesatkan kita secara tidak langsung
Ikut kumpulan agama yang memang confirm sesat bagai. 

Itulah wajah-wajah buruk cinta yang harus yang patut kita elakkan! Fuhh.. Okey takpe. Aku nak jelaskan banyak-banyak aku tak berani takut tersalah beri info bagai. Tapi apa yang aku faham aku cuba share.. Ilmu kotttt .. 

Em macam panjang terlebih pulak entri aku kali ini.. Haa.. pasal kak nadrah tadi kan.. aku ada tanya satu soalan kat akak tu.. Aku tanya.. kalau kita sukakan kat seseorang ni.. orang ni pun suka kat kita.. kira suka sama suka lah .. tapi kitorang masing-masing tak sure dengan hala tuju kitorang. Patut ke kita lupakan dia? Lupakan perasaan kita? Lebih kurang macam tu la aku tanya. And jawapan yang aku dapat, Allah yang kurniakan rasa suka kita tu.. tapi itu tak bermakna kita boleh alpa dengan rasa suka tu.. Cuba mujahaddah.. tingkatkan iman.. angkat maruah kita sebagai wanita. Tak rasa ke kita akan dapat someone yang lebih better dari dia? Tapi kalau dah suka.. apa lagi kan.. mai bawak jumpak mak abah. Senang! Haha .. 

Okeylah .. need to stop. Macam dah melalut sangat ni kann ?Maaflah korang. Baca je lah yek amik hati punya pasal. Ngee...

Assalamualaikum. Live well peeps. :)


I try to forget him slow-slow . Heee .. susah memang susah .. doakan ye ? :)

Friday, 22 March 2013

New Semester :)

Assalamualaikum. Again, sangat lama tak post entry bagai. Padahal banyak je nak sharing stories yang sangat penuh di dada. Hehe..

Alahmdulillah, lepas je aku habis kerja as a Pembantu Pra di S.K Jijan, semester baru pun dah buka. Sangat lega. Even pointer pun takat lepas separa dada, tiada yang repeat. Nice! Tahniah pada mereka yang memperolehi pointer yang sangat "jjang!" Mana yang kurang bernasib baik jangan bersedih hati, Allah lebih tahu di mana kamu berada. Ada rezeki yang lebih menanti kamu di tempat lain. Sobs!

So.. bila dah sem baru bukak and of course lah kami yang duduk di Uitm Sabah pakat-pakat berpindah randah mencari rumah untuk disewa. Almaklumlah, kolej kediaman kat tempat kitorang ni lebih kepada budak diploma. Cess.. Takperlaaa .. Kat mana-mana pun sama. Kan? (nak sedapkan hati yang jeles overboard.)

Oh lupa nak cakap, untuk Semester yang baru ini, tiada student part 1. Maksudnya, kitorang ni still junior yang comel kepada senior kitorang dan belum lagi memegang title Senior. Huh! Nasib baik. Ngee.. Bukan apa, tak rare ar kalau dah jadi senior tu kannnn.. 

Bermulanya sem baru ini sangat mencabar. Like seriously, dengan schedule yang giler full.. Bas NR (non resident) yang kejap ada kejap takde sangat menjatuhkan semangat time nak balik awal. Sangat bersyukur sebab rumah yang kitorang sewa pun agaklah dekat. Dekat tu tak bermakna kentut kat Uitm, rumah kitorang dah boleh bau. Takkk.. Mau 1 KM jugaklah kalau jalan kaki. Paling haprak dan mintak kaki time kelas cancel.. Bas takde! Gilak.. nak kena menapak jugakla 1 KM tu.. Serius sedih. :(

Tapi ada kebaikan jugaklah bila dah duduk luar ni.. tempat makanan memang senang nak ada, boleh keluar sesuka hati, print dan fotostet macam kacang! 2,3,40 langkah jugak nak sampai. Nak keluar gi One B? Aisy, petik jari je .. berderet bas, van hampar red carpet. Hahaha .. Sangat cool kan? 

Itu je la kot nak share .. padahal tadi kemain banyak gila nak taip .. tetiba idea tersekat macam radio rosak! Housemate ajak buat dadih . Nice! Oh ye, untuk Sem baru ni , I met a new guy .. Shooter .. :)

Salam and Have a nice day yeah peeps :p


muka-muka selalu hang out together . Lepas ni kena kurangkan keluar -_-
cube teka mana satu aku . :p

Saturday, 2 February 2013

Ummi Syahirah

Assalamualaikum w.b.t :)

Semalam aku dah update blog. Hari ini pun terasa nak update. Saja..nak share-share pengalaman first time aku bekerja. Ehem..

Tarikh 1-2-13 hari Jumaat, aku baru start kerja sebagai pembantu cikgu pra. Pembantu cikgu pra ni lebih kurang macam pembantu cikgu tadika lah. Sebab dia mengajar budak-budak umur 4-6 tahun. Alhamdulillah, aku sebagai pembantu hanya membantu menghandle budak-budak umur 6 tahun.

Sebelum ni, aku tak pernah kerja. Langsung tak pernah.. sebab abah tak bagi. Abah cakap aku tak layak lagi untuk bekerja. (Naa kau! Tak layak bagai.) But never mind, abah kenal lagi anak perempuan dia camna.. sebab aku ni pelik sikit. Gelabah kemain. Tu yang tak bagi kerja lagi even habis STPM.

So tadi, bermulanya aku sebagai pembantu.. aku memperkenalkan diri aku sebagai Umi Syahirah. Hahahaha. Sumpah aku nak gelak bila aku sendiri perkenalkan macam tu. Cikgu pra sekolah merangkap mak sedara aku cakap, untuk pembantu, budak-budak akan panggil Umi, Mama or Ibu . And of courselah aku suruh diorang panggil Umi Syahirah. Kalau Mama or Ibu Syahirah tu nampak macam tua and ada 3 orang anak sudah. Hahaha..

Alhamdulillah setakat ni, student dia baik-baik even ada sorang dua perangai macam taiko. Mak sedara aku pesan suruh aku garang-garang dengan budak. Haih.. susah.. sebab anak orang. Muka aku ni pulak muka selalu senyum (okey, itu tipu)

Setiap kali aku nak menjerit ke hapeh suruh budak diam. Eii ada aje yang senyum-senyum pandang sinis kat aku. Pandangan budak ni macam bajet-ar-umi-marah. Hah! Camtulah aku rasa setiap kali diorang pandang aku.

Yang paling aku ingat, bila aku suruh mereka perkenalkan diri sorang-sorang.. ade budak laki tu.. tak tanya nama lagi dah menangis. Menangis tak berbunyi tiba-tiba keluar air mata. Cuak aku .. Tapi comel gila kot. Hahaha.

Secara keseluruhannya, (cewahh) mengajar budak memang penat+happy. Serius. Aku suka budak-budak tapi aku betul-betul tak pandai nak mengekspresikan muka aku. Takde nak aucakk aucakk bagai. Yang aku tahu sembang, senyum boleh amik hati budak-budak dah kira okey bagi aku.

Hmm.. aku taktahu bila aku nak marah betul-betul. Rasanya akan ada kot bab Umi Syahirah-marah-budak-budak-Sk.Jijan :p

Aku dah penat taip. Penat merangka. Penat mengajar (tipu lagi) Jumpa lagi . Thanks for reading. Have a nice day yo! Salam.



Thursday, 31 January 2013

Suami dan cincin

Assalamualaikum w.b.t :)

Tu diaaa.. lama sangat tak update blog. Setiap kali nak update je mesti tercancel sebab idea tiba-tiba hilang. Hee.. But never mind about that, sebab entry kali ini aku dah rangka 4 hari yang lepas. Advance tak advance belakang kira.. ngaaa..

Hari tu, balik kampung kat Kelantan, cuti sem punya pasal.. kebetulan time aku balik, mak pak sedara pun balik jugaklah sebab cuti Thaipusam..so sempatlah aku jumpa deme sekeluarga. Main-main dengan sepupu aku yang berumur 9 tahun.. dia tanya "Kakak dah kawin ke?" dia pandang cincin kat jari manis aku ni (cewahh!!)
cincin 3 hengget


Aku senyumlah..malas nak bagitahu cincin ni aku beli RM3 ja pun.. Entah idea jahat mana datang saja nak kelentong sepupu sendiri. "Akak dah kahwin..baru aje kahwin.." sambil senyum malu.

Aku taktahu lah muka dia nak percaya ke tak.. Tapi rasanya 99.9% memang percayalah! Haha.. Then dia tanya "mana suami kak Fasihah?" haa..ambik kau..kelentong budak kecik. Aku cakap ar suami aku tu kat Sabah.. tak boleh nak balik sebab dia busy.. Dalam hati aku ketawa guling ke atas.. Memanglah budak-budak suci yang amat.

Mulut sepupu aku tu bentuk O lama.. Lepas tu dia tanya lagi. "Anak kak Fasihah mana? Tak ikut balik?"

Diam..

Diam lagii.....

Nak dekat 2 minit jugaklah waktu nak menjawab tu.. "Err..akak baru kahwin, jadi akak takde anak lagi.." fuhh lega..

Nak tengok suami akak ? Akak ada gambar dia.. Cepat-cepat aku tukar topik pasal anak . Kang dia tanya aku pulak nak baby boy ke baby girl .. apa nama nak bagi nanti .. putus nafas aku nak menjawabnya .. 

Aku tunjuklah gambar husband aku yang memang husband tipu-tipu. Taraaaa!!

suami ku :p

Dan dia cakap.. "Handsome suami kak Fasihah." kembang-kempis hidung aku sebab budak ni puji D.O handsome! Heee .. 

*Sorry alin, kak Sihah tipu awak je.. Awak jangan percaya ye? Nantilah kalau akak kahwin akak cari yang serupa macam D.O :)

Tu je aku nak share.. seronok jadi budak-budak.. suci je pemikiran tu.. Taktahu nak cakap tipu.. Kitalah yang dewasa ni mencorakkan mereka.. Kalau kita ajar benda tak elok, tak mustahil budak-budak yang suci pemikirannya boleh ikut benda yang tak elok . 

Ok . Dah . Habis. Sambung nanti. Salam