copy paste!
Aku kenal sorang ni .. bagi aku dia jenis yang blur .. tak kisah mana kat aku. Sampai satu tahap aku tak tahu apa dia fikir, aku tak tahu apa dia nak. Jadi, aku pun buat satu kesimpulan bahawa mungkin jugak dia tak faham apa aku fikir dan tak tahu apa aku nak . Vice versa .
Dia kata aku ni takde perasaan. Bila dia cakap nak lost contact, aku okey je.. Tak kisah langsung. Sebenarnya bukan aku tak kisah.. aku ikut je keputusan dia. Konon supaya aku nilebih memahami dia. Kununnn.. Jadi aku tak kisah kalau dia nak off contact. Ain't that sweet ? Pfft.. padahal dalam hati aku.. sedih tau tak. Cuma aku lemah sikit bab nak bagi reaction tu. Sedih tu sedihlah.. Hailaa..
Kat situ aku boleh nampak kaum lelaki ni, kalau kita tak bagitau apa yang kita rasa, apa yang kita nak dia takkan faham. Contoh, aku tak berapa nak suka kalau dia rapat dengan orang lain, girl lain sebenarnya. Tak suka tu bukan dia tak boleh nak berkawan langsung.. boleh .. tapi mungkin sebab aku tertengok depan mata aku sendiri, tu yang timbul perasaan tak suka. *I didn't ask for that* Jadi, bila time-2 aku tengah happy tertengok pulak dia dengan orang lain. Automatic aku jadi macam moody, serius tak ada mood. Dia text aku balas sepatah. Dia reply okay, aku reply lagi ciput --> "K".
Bila dia tanya aku kenapa, aku jawab takde apa. Mengharapkan biar dia faham sendiri. Bagi aku tak semua benda kena cakap, tak semua harus ditunjuk. Tapi dia tak paham jugak. Asal boleh nak aku juga yang cakap. Dan bila aku taknak bagitau sebab kenapa aku berubah secara tiba-tiba dia tukar topik. Tukar topik sebab dia ingat aku takde ape-ape. -_-
Lagi la aku geram, rasa macam tak dipedulikan.. last-last aku bagitau jugak sebab dia, kenapa aku moody tetiba. Cis. Punya segan. Segan sebab motif aku moody tu remeh gila. Macam budak-budak.Takkanlah aku nak bagitahu dia aku tak suka tengok dia dengan orang lain. Eii aku takde ape kot dengan dia.. Sepatutnya aku tak boleh rasa macam tu. Nanti bila dia cakap apa hak aku nak jeles tak ke haru ? *tutup muka dengan blanket*
Aku kalau boleh taknaklah semua benda aku kena cakap.. taknak lah macam tu.. sebabnya kenapa aku pun tak tahu. Mengada-ngada punya penyakit la kot. -_- Dahlah.. Nanti lah aku try macam mana nak luahkan semuanya. *tengoklahhhh*
K bai. Assalamualaikum.
(p/s: paling best .. bila aku menangis kerja tak siap ke.. dia boleh cakap.. "Laa..nak nangis buat apa. Bukan boleh siap pun assignment tu.. Hadoii .. first time jumpa orang macam dia. Unik betul . Haha.. Aku tak kisah pun dia jenis camtu.. :) Aku suka. K..
hmm..very interesting..mau mau kna faham xD
ReplyDeletehaha .. susah bha nk suruh dia fhm !
ReplyDelete