aku - kite (nampak sopan di Bulan Ramadan :p)
Dah tiga hari ada kat Tapah. Excited sebenarnya balik Tapah. Rumah barulah katakan. Suasana pun baru. Disebabkan semua barulah kite tak buat apa-apa. Takde kereta, washing machine, freezer.. yang ada laptop dan Wifi. Well, it's okay je pun sebenarnya. Boleh jugak rasa rumah-baru-kahwin. Rumah yang takde apa-apa sangat kecuali pinggan mangkuk, rice cooker, dapur gas and so on. Merasalah jugakkkkk.. Lol.
Tapah ni pun bukanlah teruk sangat. Tempat dia just err sunyi sikit, depan surau (which is good) ada backyard kat belakang rumah (cewah). Overall okay larr.. Bersyukur meh! Bila dah balik rumah ingatkan kenalah buat kerja rumah tapi TAK PAYAH! hehe.. sebab takde benda nak kena masak, basuh baju sebagainya. Setakat nak tunjuk rajin, sapu sikit-sikit lantai.. kemas rumah (tak banyak barang so nampak bersih je) kemas dapur. Takdelah kena marah sangat kalau bangun lambat macam duduk kat rumah sewa. Perangai.. sangatlah tak senonoh!
Paling best, abah tak marah. Mungkin sebab lama gila tak jumpa, anak-anak pun pulang bercuti abah pun ikut je la kehendak kitorang yang mengada-ngada ni. First day baru sampai Tapah tu singgahla kejap pergi bazar.. abah bagi duit seploh hengget. beli je apa yang nak. Suka? Mestilah suka tak payah guna duit sendiri. Tamak gila kot kitorang adik-beradik beli semua yang berkenan. Dah siap beli bagai, nak kereta hapeh semua tetiba abah buat drift pulak, terjatuhlah air tembikai laici yang kite beli dan pecah. Alhamdulillah air sempat diselamatkan even dah terkeluar saki baki air tembikai tu. Dalam hati dah dupdapdupdap risau kena marah..tapi takkkk abah hanya mampu berkata, "Laaa..angkat cepat." tu je.. Nampak tak kat situ ? Nampak tak abah kite ni macam mana. :p
Hailaa dah tak tahu nak cakap apa. Traffic lagi kat sini. Problem besar.. ada je benda nak cakap tapi taktahu nak luahkan. Sebab tu selalu kena marah. Asyik lupa je benda nak cerita. Sorry! Hey rindu kawan-kawan kat Uitm. Semua. Semua? Ye semua.. mengada-ngadakan..ada kat Sabah takde nak rindu bagai siap nak balik cepat lagi. Taknak berhubung dengan dunia luar, kononnya.. Bila dah jauh tahu pulak rindu. Ngee.. Harap dapat lepak dengan diorang semua before balik Sabah. Nak jugak merasa keluar dengan diorang kat Semenanjung. Ada ke? Adaaaa .. mesti ada! :)
K bai . Taktahu nak cakap apa. Sangat traffic lepas tengok video Bobo buat parody. Haih . Nasib tak habis. Salam Ramadan buat semua.
p/s: Jom kita cuba untuk khatamkan Al-Quran di bulan Ramadan ini? Jomjom :3 Fighting!
Papehal family come first. Love ya :)
nampak budak belakang ni? Rindu kat dia weh!
Kalau ada gambar-gambar lain bolehlah upload.. tapi takde. Sorry geng.
No comments:
Post a Comment