Assalamualaikum w.b.t :)
Bilah dah pergi.. Erti kata lain.. aku seorang kat rumah ni bila mama dengan abah pergi kerja. Sedih ? Of courselahhh .. takde geng nak buat bergaduh. Takde geng nak bagi talk (tazkirah) So untuk hari ni je.. aku tidur, aku menghadap laptop .. (baca manga+recite quran through youtube+facebooking) Nampak macam tak ada life kan? Alhamdulillah ada jugak kesedaran guna laptop ni recite quran.. Habis jugaklah satu surah even lebih banyak mendengar and faham maksud. *malu*
Hisyy.. KALAU ada oven boleh bake cake (kununn) time barang takdelah timbul keinsafan nak baking cake segala. Dulu kat rumah lama, menggedik taknak baking siap beli yang instant punya. Instant bukan sedap pun. Buat sendiri lagi sedap. Ye? Tak pernah rasa lagi.. Haraplah kalau barang-barang dapur dah sampai, nak jugak buat bukan setakat sebijik, bukan dua bijik, bukan tiga bijik tapi berbijik-bijik kek! Faham tak? Berbijik-bijik kek!! Hehehe... Yela tu. Percayalah sangat nak buat banyak kek. Sebijik pun tak lepas. Ada hati.. Hak alahhh.. at least ada jugak niat nak buat kek dari tak rasa nak buat langsung even ada sijil dalam bidang bakeri ni oit .
Semalam (18-7-2013) skype dengan Musfirah, dia ajak keluar jenjalan (27-8-2013) Tengah fikir macam mana nak cakap kat abah. Sebab bila cakap kat mama, mama macam bagi.. MACAM.. tapi tak tahu macam mana. Kalau abah pulak .. rasa macam kena gude-gude (seduce) cakap lembut-lembut.. hehe.. baru boleh mintak kebenaran nak keluar. 60% yakin boleh keluar. Tapi nak keluar ramai-ramai. I mean ramai-ramai tu termasuklah yang lain ........ Ta ta taaaaa !
Buat plan dulu. Fikir dulu nak pergi mana. Yang penting tengok ongkos dia. Duit bulan 8 tak masuk lagi. Celcom dengan Maxis kejadah mintak bayar bil. Hisy better Celcom ni aku terminate cepat-cepat. Bukan boleh guna pun kat Tapah. Not as good as Indah Permai lah .. Indah Permai line celcom memang terbaik! Pfftt takdelah terbaik mana. Boleh pakai kira cun lah tu..
Okeylah .. nak menginsafkan diri. Off-flip laptop sebab dah banyak buang masa dengan benda-benda yang lagha. Cewahh.. Rasa untuk entry kali ini ada banyak story in one entry. Macam tak tahu nak cakap apa. Semua benda nak bagitahu.
*rasa lega sebab tak ramai yang baca benda yang mengarut ni* Ok bai. Salam.
![]() |
lately rasa muka ni macam makin tembam ! Ohmaii |
![]() |
giler tak rindu budak ni ? rindu gilerr .. |
p/s : orang selalu tanya siapa lebih tinggi .. bilah atau aku . Maka selepas disoalsiasat dan diteliti .. aku lebih tinggi .. baru lepas ukur time solat tarawih semalam. Dimana kitorang tak pakai heels or wedges pun nak buat lebih tinggi . Aha!
No comments:
Post a Comment