Saturday, 2 February 2013

Ummi Syahirah

Assalamualaikum w.b.t :)

Semalam aku dah update blog. Hari ini pun terasa nak update. Saja..nak share-share pengalaman first time aku bekerja. Ehem..

Tarikh 1-2-13 hari Jumaat, aku baru start kerja sebagai pembantu cikgu pra. Pembantu cikgu pra ni lebih kurang macam pembantu cikgu tadika lah. Sebab dia mengajar budak-budak umur 4-6 tahun. Alhamdulillah, aku sebagai pembantu hanya membantu menghandle budak-budak umur 6 tahun.

Sebelum ni, aku tak pernah kerja. Langsung tak pernah.. sebab abah tak bagi. Abah cakap aku tak layak lagi untuk bekerja. (Naa kau! Tak layak bagai.) But never mind, abah kenal lagi anak perempuan dia camna.. sebab aku ni pelik sikit. Gelabah kemain. Tu yang tak bagi kerja lagi even habis STPM.

So tadi, bermulanya aku sebagai pembantu.. aku memperkenalkan diri aku sebagai Umi Syahirah. Hahahaha. Sumpah aku nak gelak bila aku sendiri perkenalkan macam tu. Cikgu pra sekolah merangkap mak sedara aku cakap, untuk pembantu, budak-budak akan panggil Umi, Mama or Ibu . And of courselah aku suruh diorang panggil Umi Syahirah. Kalau Mama or Ibu Syahirah tu nampak macam tua and ada 3 orang anak sudah. Hahaha..

Alhamdulillah setakat ni, student dia baik-baik even ada sorang dua perangai macam taiko. Mak sedara aku pesan suruh aku garang-garang dengan budak. Haih.. susah.. sebab anak orang. Muka aku ni pulak muka selalu senyum (okey, itu tipu)

Setiap kali aku nak menjerit ke hapeh suruh budak diam. Eii ada aje yang senyum-senyum pandang sinis kat aku. Pandangan budak ni macam bajet-ar-umi-marah. Hah! Camtulah aku rasa setiap kali diorang pandang aku.

Yang paling aku ingat, bila aku suruh mereka perkenalkan diri sorang-sorang.. ade budak laki tu.. tak tanya nama lagi dah menangis. Menangis tak berbunyi tiba-tiba keluar air mata. Cuak aku .. Tapi comel gila kot. Hahaha.

Secara keseluruhannya, (cewahh) mengajar budak memang penat+happy. Serius. Aku suka budak-budak tapi aku betul-betul tak pandai nak mengekspresikan muka aku. Takde nak aucakk aucakk bagai. Yang aku tahu sembang, senyum boleh amik hati budak-budak dah kira okey bagi aku.

Hmm.. aku taktahu bila aku nak marah betul-betul. Rasanya akan ada kot bab Umi Syahirah-marah-budak-budak-Sk.Jijan :p

Aku dah penat taip. Penat merangka. Penat mengajar (tipu lagi) Jumpa lagi . Thanks for reading. Have a nice day yo! Salam.



2 comments:

  1. haha .. of course la umiii .. kalau mama awk tak rasa sy dah tua ka ? haha :p

    ReplyDelete