Assalamualaikum w.b.t
Ohoi all~
Pejam celik pejam celik masa berlalu dengan pantasnya. Baru semalam aku rasa aku baru struggle untuk final exam sem 1 sekarang ni, I'm struggling for final exam Semester 3. Masa berjalan dengan pantas. From 21 years to 22 tak cukup bulan.
Alhamdulillah. I'm really grateful. Selama aku hidup, aku hadapi segala cabaran bukan sebab usaha sendiri sahaja. Bukan kerana aku seorang yang mampu hadapi tanpa mereka. I'm not alone. Allah ada. Allah kurniakan mama and abah yang verylah understanding, supportive, penuh kasih sayang. Bertambah dengan adik-beradik yang sangat ohsemness tahap petala. Tak lupa juga all my friends. From Perak to Selangor, Selangor to Sabah. Alhamdulillah. Aku dikelilingi mereka yang truly hebat.
Dalam tahun 2013, tipulah kalau sepanjang tahun tu takde drama sebabak air mata jatuh ke pipi, bergaduh, bermasam muka. Tipulah kalau takde. Life, nak tak nak for sure kena tempuh jugak. Aku kenal bermacam orang. Kenal bermacam perangai, and yang paling penting.. aku kenal diri aku. Aku mula belajar macam mana aku yang sebenar. Siapa aku? (sebenarnya akulah Selermun)
Bila dah menginjak tahun baru ikut tahun Masihi, mulalah sibuk-sibuk nak create azam baru Konon. Apa azam aku kali ni? Takde azam. Mungkin harapan. Aku nak jadi yang baru. Bukan stay Fasihah Syahirah yang sama. Ye eh? Ye.. nak berubah. For good.
Boleh ke? InsyaAllah. Aku semakin tua, bukan semakin muda. Semakin tua bermaksud aku semakin dekat dengan kematian. Mungkin ada. Azam aku.. aku nak bina hubungan yang lebih baik, mesra dan yang lebih erat dengan Allah, parents aku, adik beradik aku.. my friends. Kadang-kadang orang sibuk mengejar dunia, akhirat entah ke mana. Takut aku. Terlampau seronok sehingga lupa mati itu bila-bila masa.
Tahun baru nak masuk.. kalau ikut jam sekarang, tinggal beberapa minit. We start a new chapter. Jadi yang lebih baik. Forgive and forget. Biar sakit.. tapi hati bahagia. Diri ini makin serius. Serius dalam segalanya. Harapan. Harapan cuma harapan.. don't expect too much from the hope.
But who cares.. siapa nak berubah.. ignore je anasir-anasir yang jahat hasut kita, ajak kita nengok benda tak elok. Contoh je.. hhee.. oklah.. aku rasa dah terlampau mengantuk sampai ayat pun macam tunggang terbalik.
Happy New Year 2014. Forget the past. Struggle for the future. Assalamualaikum w.b.t
Thanx for reading . Salam.
No comments:
Post a Comment