Sunday, 4 November 2012

Pumpampumpam!

Assalamualaikum w.b.t :)

Waktu aku refresh news feed banyak kali kat fesbuk.. ternampaklah satu post sibudak yang tak berapa nak matang post status dia pumpampumpam marah kat somebody tu. Beria cakap begitu, tapi tidak ditag nama. Naaa.. bukan seorang dalam ramai-ramai rakan fesbuk yang aku, tapi berlambak je.. Yelah, fesbuk ni luahan hati.. kononnya..kadang-kadang, aku pernah terfikir gak nak post bila aku tak puas hati kat somebody. Tapi fikir-fikir balik relevan ke perbuatan aku tu? Tak rasa memalukan diri? Gituuu...

Aku perhatikan budak-budak fesbuk bila dah marah.. HERO DI FESBUK. SAMSENG DI FESBUK. Serious, aku memang kagum. Punyalah tak puas hati sampai memaki hamun  keluar binatang haram atau perkataan yang memang tak senonoh, dan paling tak sangka, bila kat luar FESBUK, pijak semut pun semut taknak mati. Giler baik, giler sopan, giler ayu. Memang tak sangka kan?

Aku tak kisah lahh, dah fesbuk korang, korang yang punya, so sukahati koranglah nak post apa kan? Kan? Biasa gitu laa.. bila diberi nasihat jangan mengeluarkan statement begitu, dimarahnya kita balik. Katanya "jangan masuk campur, fesbuk aku,sukahati akulah nak buat apa pun." Lol! Bengap punya maklumbalas. Kita baik hati taknak dia memalukan diri, tapi tulaa kalau dah marah memang semua benda tak boleh nak fikir. Loser kan?

AND I WAS LIKE "JANGAN JADI NAJIS BOLEH??"
Ada satu hari tu, aku ternampaklah satu post, ya di fesbuk juga.. kawan aku jugak pun. Haha.. macam biasa, bengang dekat seseorang. Pumpampumpam ayat makian. Kalau baca memang tak paham sepatah ah. Tapi yang aku tahu dia memang bengang. So as a fren yang baik hati and agaklah concern pasal dia..aku pun tanyalah.. "Awak, awak marah kat sape yang kat fesbuk tu? Taknak sharing ke?" Tu yang aku tanya. Niat nak dengarlah cerita kan.. Bukan busybody joe! Tapi jawapan dia tak best mana, dan bolehlah buat aku menyampah taknak ambil tahu. Serious! "Uisyy..cerita ni tak boleh cerita kat siapa-siapa. RAHSIA." And aku pulak macam WHAT THE HELL err, okey fine. Kau dok POMPAMPOMPAM KAT FESBUK, BERIBU KAWAN KAU BACA, ADA HATI LAGI CAKAP BENDA TU RAHSIA?? Sandiwara apakah ini?

Kalau niat taknak orang tahu masalah kau better kau shut up la. Dok hingaq-hingaq kat fesbuk, buat macam orang yang kau katakan tu paham? Dok terasa..? Tidak. Melainkan kau tag dia. Yes, TAG DIA. Nak bergaduh,nak berterus terang buat cara elok-elok. Tak payahla nak post-post tak puas hati bagi orang tu terasa. Macam mangkaq ja. Puihh! Aku memang sangat tak suka. It hurts me a lot :(

Dahlah macam panjang pulak aku cakap.. Aku takdelah rasa emosi tak terkawal macam deme-deme ni Yelah tak boleh post kat fesbuk tapi post kat blog. Haha... taralah! Ni dari sudut pandanganlah kan? Korang perasan tak? Ada tak dalam kalangan rakan fb korang ke twitter ke................... ?

Oke, assalamualaikum.kbai Saya stress! >:(

help me :(

S.m.i.L.e

Assalamualaikum w.b.t

Ohaiyo minna-san! Pagi-pagi yang cerah without roommate memang agak membosankan. Kerja nak mengemas yang sememannya malas dari azali boleh jadi rajin kalau taktahu nak buat apa. Seriously? Taktahu nak buat apa?? Assignment gila berlambak tu nak bagi siapa buat? Kucing? Silap-silap kucing pun boleh termaki aku. Hehehe..

Taknak cakap pasal assignment pun sebenarnya.. Hanya nak berkata-kata, meluahkan rasa di dalam diari online. Err em pernah tak korang terjumpa dengan "someone" and that time hati tu asal boleh nak dupdapupdap plus-plus dokidokidoki dengan lebih lajunya. Pernah? Tak pernah? Aku pernah. Demit~

camni ar perasaan aku waktu jumpe abang tu :3


Ni la nak cerita sikit, waktu aku beli makanan kat kafeteria.. terjumpalah seorang mamat ni. Nak kata hensem..bolehlah, hensem jugaklah. Oh yea dan tinggi. Waktu tu aku dengan kawan aku. Asz bukan nama sebenar ,dia ada sekali dengan aku. Time-time dah habis bayar, pusing la belakang nak blah dahlahh.. Dengan secara tiba-tibanya ramai la pulak yang lalu. So kitorang yang baik hati, comel dan suci ni bagilah laluan. Ehe! Dalam ramai-ramai tu abang yang tidakku ketahui namanya berpaling kat arah kitorang dan dia tersenyum.

gini memang ar.. mau melting trus!
Senyum. Yes senyum. Abang tu senyum bukan senyum macam senyum ada bunyi "heh", sarkastik semacam or senyum nak tak nak. Cara senyuman dia tu.. Aihh.. susah nak describe lak. Tapi yang pasti bila dia senyum tu kitorang macam terpaku, terpana, terkesima dan sewaktu dengannya. Secara automatik, kitorang terbalas balik. Gataii la jugak waktu tu. Tapi kan, senyum tu kan sedekah. Hehehhe :) Waktu itu, hatiku berbunga-bunga.. hari Jumaat itu berjalan dengan lancarnya. Apakah hati ini sudah terpaut? Ohh.. apakah aku dapat ketemu dengannya lagi?

Ayat.. mau mintak penampar guna kaki.. Hehe.. taralah, biasa saja perasaan tu.. tapi tulaa kalau jodoh tak kemana. Hahhaha! Aku pulak yang terjumpa abang tu. Nice weh.. tapi tula, pertemuan kedua biasanya tidaklah seindah yang pertama. saja sedapkan hati.  Dan...... ermm..........


Nak bersambunglah.. kot2 ada pertemuan ketiga,keempat antara kitorang berdua. Ekeke.. Oke, nampak sangat kegatalan tu. Oke fine, mahu menyiapkan assignment . Bubye..

Assalamualaikum ! >.<



Friday, 21 September 2012

Great news dear

Assalamualaikum w.b.t :)

Maaf sangat-sangat sebab dah lama giler tak update blog . Sekarang fokus nak vacuum blig . Tehee..

Semenjak dua menjak aku menangis disebabkan aku tak dapat masuk uni for the first intake, memang aku officially merajuk taknak update apa-apa melainkan facebook. Itu pun just sharing some information.

Tapi Alhamdlillah .. rezeki Allah memang tak disangka-sangka. Aku dapat tawaran ke Uitm Sabah. Even dekat saja dengan rumah aku, seriously memang bersyukur sangat-sangat sebab dapat masuk ke Uitm Sabah. So sekarang ni, dengan penuh rendah dirinya aku bagi tahu, aku pelajar baru a.k.a rayuan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan. Tada !!!! Nice kan ?

Dan alhamdulillah lagi sekali, kat sini semuanya okey-okey dan grand sangat-sangat. Classmate aku memang semuanya peramah, even baru kenal. Tapi aku tak rapat sangat. Aku lebih rapat dengan budak rayuan yang lain. Berlainan course. Maybe sebab mereka asal luar dari Sabah aku rasa macam happy sangat. Bukan tak suka orang sabah okey ? Suka sangat tapi aku lebih selesa dengan budak-budak ni. :)

p/s: kitorang rayuan oke

Tapi yang agak mengharukan hati aku ialah, kitorang yang budak rayuan ni lepasan STPM sahaja. . masuk pulak lambat.. budak-budak first intake dah belajar banyak. Kitorang banyak je yang tertinggal. How terrifying is that ?? Risau tau, takut ia akan berlarutan sampai exam. Huwaa!! Taknak-taknak. Memang aku dah pasang niat aku nak belajar sungguh-sungguh. Fighting!

Oh ye, adik aku dah selamat sampai ke Ireland . Beliau bakal merealisasikan impiannya menjadi seorang doktor. Hoho.. bangga kot adik aku fly ke sana. Well, aku pun akan buat yang terbaik. Honestly, course kitorang tak boring langsung setakat ini. Smooth and silky sahaja. Hehe..

Okey ar, taktau nak cakap apa lagi but.. kepda yang teview blog aku ni, mohon-mohon doakan aku supaya lebih faham apa yang lecturer ajar . Huhu .. risau sangat-sangat ni.

Kbai ngantuk . Out .

p/s II : sory takde y formal punye farewell. Domo arigatou . <3

Friday, 13 July 2012

Keputusannya!

Assalamualaikum w.b.t :)

Hahai korang (lambai-lambai tangan sambil tutup mata) Mata bengkak sebab banyak menangis. See..told ya aku memang tak dapat masuk uni. Frust memang frust gila. Gila sangat. Sampai aku menangis rasa macam nak muntah. Teruk sangat keadaan tu aku rasa. :(

Memang bangun pagi tadi aku dah rasa dah yang aku mungkin tak dapat. Tuptup naa..bukan rezeki aku nampaknya. Haiyoh.. Aku tak bukak lagi website UPU, tapi air mata dah turun macam air hujan. Tragis tak tragis. Punyalah takut sangat. Bila dah bukak website tu, lagi lah aku menangis dengan lebih kuat dan sayu. Wuwuwuwu.. such a drama queen!

Time aku menangis tu mulalah aku pertikaikan kenapa doa aku tidak dimakbulkan, Allah S.W.T tak dengar doa aku ke? Seriously, waktu itu memang aku tak dapat berfikir dengan betul. Aku mula berfikir benda-benda negatif. "Macam mana nak teruskan hidup?" "Aku tak akan berjaya" Aku tak boleh pergi mana-mana dah nanti" "Aku gagal selama-lamanya" Semua benda negatif tahap melampau masuk dalam kepala otak aku dok bermain-main pusing-pusing. Sumpah, boleh je kata-kata ni buat aku gila.

Semua benda yang aku belajar dulu hilang macam tu je. Kenapa Allah S.W.T buat macam tu kat aku, aku lupakan. Yang aku tahu, Allah tak sayang aku, sebab tu Dia tak mahu perkenankan doa aku. Geh, I'm such an idiot! Kenapa aku fikir benda-benda macam tu padahal aku tahu, Dia tak makbulkan doa aku, sebab Dia nak duga aku. Aku memang lupa semua tu. Haihh.. malu betul pada diri sendiri! What a shame!!!

Aku cemburu. Ya, memang aku cemburu. Aku bukan baik sangat bila tengok yang lain dapat uni, aku happy gila-gila. Mestilah aku cemburu. Tapi aku tahu bukan rezeki aku. So bila kawan aku dapat, dia try call tanya aku.. mestilah hati aku lagi rasa nak pecah dok teringat "Dukacita dimaklumkan bla bla bla tak dapat". Jadi aku hanya tahan air mata.. aku cakap sambil tersenyum.. "Tahniah Kiah, sebab dapat masuk uni" Perit memang perit tapi aku tumpang gembira bila dia dapat uni, cuma takdelah happy sangat sampai nak buatkan kenduri tujuh hari tujuh malam khas untuk dia. Oh man. Bukan rezeki aku!

Lepas aku menangis sambil sokseksoksek kecil aku diam.. Aku tengok dinding.. "Aku baru tak dapat masuk universiti dah menangis macam nak gila. Mempertikaikan kenapa Allah tak perkenankan doa aku?" Betul-betul macam ada batu hempap kat kepala otak aku. Aku tersedar. Aku memang tak fikir langsung yang aku cukup-cukup beruntung boleh sambung belajar. Ada rayuan, kalau tak dapat boleh masuk universiti swasta. Sungguh aku lupa dan sungguh aku memang tidak reti bersyukur! Budak-budak kat Afrika, kat Palestin yang tak dapat belajar langsung tu macam mana. Allah duga mereka sebab Allah sayang mereka. Aku lupa tentang tu.. Kenapalah aku ni ikut perasaan sangat. :'(

Banyak-banyak terima kasih kat mama, abah, shapiq, bilah, bibi, tirah, tokmek tok ayah bagi semangat kat aku. Mama menangis. Sedih tengok mama, mesti mama kecewa. Tapi aku janji InsyaAllah aku akan belajar sungguh-sungguh. "Mama, maafkan akak. Mama mesti sedih kan?Akak tak dapat sambung belajar. Mama dah banyak bersusah payah untuk akak. :'(" 

Jadi aku rasa aku kena lebih berusaha start masa sekarang. Nak pergi Jepun apa semua, aku nak kumpul duit  perlahan-lahan. InsyaAllah aku akan pastikan yang aku dapat pergi sana. Amin! Kalau ada siapa-siapa yang terbaca post ni, aku memang nak pergi Jepun, anything bout Japan, aku memang suka. So please.. sharing information ngan aku kalau korang tahu nak pergi Jepun apa semua. Tenkiu!

peringatan untuk aku dan mereka yang berasa sedih.
Sentiasa ingat Dia. He knows best!

Alhamdulillah >0<

To: Noorkiah , Syahirah, Sobana ,Valerie tahniah kat korang! Teruskan usaha ! :* Yosha!


Thursday, 12 July 2012

Debaran!

Assalamualaikum w.b.t :)

Hari ini aku cuma nak bagitahu bahawa esok result masuk Universiti keluar! Oh my. Automatik jantung bergerak lebih pantas daripada biasa. Aku tak tahulah nak buat reaction yang macam mana. Muka tunjuk je tak kisah, ceh tak heranlah kononnya. Tapi dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa nervous tahap gaban dah ni.

Untung bagi mereka yang dapat keputusan result STPM dengan pointer yang cukup-cukup comel  untuk ditonjolkan berbanding pointer yang agak hmm..bolehlah atas pagar. Mereka ini tidak perlu untuk terlalu risau, dapat ke tak dapat.. cuma perlu risau kemana universiti yang mereka akan pergi nanti. Oh man, memang aku jeles. >:(

Hehe.. nak buat macam mana, 13 tahun aku belajar kat sekolah aku sia-siakan camtu je. Kan dah kena.. Menyesal pun tak guna jugak. Benda dah berlalu. Apalah kat dalam pale otak aku masa tu. Fikir apa la ek? Alhamdulillah , Allah sedarkan jugak walaupun lambat sikit. Better late than never. Mana tahu masa akan datang, aku dan orang-orang yang gagal ni boleh berjaya. Ye tak? :)

Okeh, apa-apa pun yang berlaku esok. Dapat ke tak dapat aku tawakal. Benda dah jadi, nak menangis satu tempayan pun tak guna jugak. Kalau dapat.. syukur alhamdulillah.. Allah dengar doa-doa hamba-Nya. Kalau tak dapat means aku kena berusaha lebih lagi. Aku tahu memang aku akan menangis esok. Haisy.. Suka sangat menangis. Oh well, pasti ada hikmah di sebalik kejadian.

Okey, nak tengok Rooftop Prince, cerita dia memang kelakar. Sumpah memang sengal habis. Kbai..

Assalamualaikum. :D

* cuti setengah tahun buat badan aku naik naik dan naik lagi mendadak!*
tulunnnnn >0<

picca ambik kat google image. *chupp*

Saturday, 2 June 2012

Kalau saya otaku tegar.....

Assalamualaikum w.b.t.

Aku cuba bayangkanlah.. bayangkan aje.. 

Kalau aku ni otaku tegar.. mesti cincin tunang dan cincin kahwin aku jadi cincin Vongola. Takdenye aku nak pakai cincin emas berlian Habib Jewel bagai. Bagi cincin Vongola aje memang dah puas hati :)

Nah 10 jari aku ada.. semua aku masukkan. Sah memang berat kalau nak angkat tangan. Fuh! 


Kalau aku ni otaku tegar.. barang hantaran perkahwinan mesti termasuk CD anime bagai.. Manga-manga sekali. Aku tak tahu orang kahwin letak barang hantaran apa dia.. Tapi aku rasa time aku kahwin aku nak bakal suami aku bagilah CD-CD ni semua. Haha. Mengucap panjang bakal mentua aku. Hohoho

Ini cd tau ..... :D



Dan aku rasa kalau nak pujuk akulah kan.. tak payah nak romantik sangat bagi bunga.. Bagi je benda alah ni confirm cair! Hahahaha.. Pujuk aku nyanyi lagu 2,3 lagu Ikimono Gakari sambil main gitar memang cool habislah! Auww .. (gatal sikit. Sorry! =_=')

Lepas tu takdenya aku nak pakai beg bonia, beg jenama yang aku taktahu jenama apa kat pasaran sekarang.. aku okey je kalau pakai beg sekolah pun..tapi nak gi shopping elok ke pakai beg sekolah? Mesti comel kan aku pakai camtu walaupun dah beranak-pinak. Fufufufu..
okey, ini serius comel dan cool gila! sumpah aku nak beli!!!! gigit sapu tangan >3<


Apa-apapun aku tak haraplah kalau benda ni betul-betul jadi kat aku, cincin kahwin pun pakai cincin tu buang tabiat hapeh? Tapi kalau jadi best gak.. Masuk tv oit!

p/s: nak lepas gian.. aku nak beli beg Hibari tu. Comel baii <3 

Kbai! Assalamualaikum :) Live well bebeh!

Oishii! Onigiri-san!

Assalamualaikum w.b.t.

Sup! Hari ini aku buat onigiri untuk pertama kalinya. Pheww.. Semua ini gara-gara aku berpuasa (maybe lapar sangat) sampai terbayangkan onigiri yang sedap tu. Punyalah berangan-angan nak pergi ke Jepun sampai sanggup pulak buat onigiri. Hehe..

Bila dah pertama kali buat onigiri ni mestilah mengharapkan yang terbaik hasilnya kan? Tapi malangnya hasilnya tidaklah seindah yang aku bayangkan. Mungkin sebab banyak air waktu aku masak nasi tu dia jadi melekit overboard.

But never mind , kalau tak jadi boleh buat lagi kan. 5 kg beras jepun tu takkan nak biarkan aje. Mesti nak try buat benda lain. Aite?

Nah , ni gambar dia :)

Aku tahu tak secantik dan sesedap yang lain, tapi memang betul aku dah buat yang terbaik and aku akan pastikan lepas ni onigiri aku tu menjadi.. InsyaAllah. Gambatte neh!

Oh ye, aku ada post kat fesbuk .. Ada gak la komen yang positif.. Tapi ada gak yang komen kenapa onigiri aku ni macam nak menangis.. Nak menangis ke? Mungkin onigiri ni faham kot perasaan aku waktu boolat-boolat kan dia idak?

Aku guna ini dia tuna ayam brand yang ada air tu.. memang sedap, tapi lepas ni nak try pulak buat inti sambal sotong or sambal ikan bilis. hehehe .. Macam dah nasi lemak.. Kena tukar nama lak jadi ONIMAKTONG. Hahaa.. gabungan onigiri+nasi lemak+sambal sotong. Apa salahnya Melayukan sikit.. Hehe..

Kalau korang ada resepi masakan jepun yang best-best yang belum aku bayangkan lagi mehlah sharing.
Sankyu bha!

Ok.. jyane.. Papepon tenkiu tenkiu sebab sudi baca.

Papai Assalamualaikum. Live well :D


Wednesday, 2 May 2012

Memuji dan Dipuji

Assalamualaikum w.b.t.


Haip! Pernah tak korang rasa semacam bila korang puji seseorang tu reaksi dia macam err..tak dapat dijangkakan? Let say..korang puji dia cantik tapi reaction dia diluar alam. Pernah ? Aku pernah! Kekeke..


Bagi aku ada beberapa jenis orang bila kita puji reaction dia lain-lain. Maksud lain-lain ni bukan yang pelik bin ajaib pun.. reaction dia biasa (bagi dia) tapi kita rasa macam menyampah (sikit).


Situasi 1 ** Terlebih perasan! **


Joyah-chan - Wei! Pewit-pewit! Hari ini lain pulak aku tengok kau. Jelita dan gorgeous dan awesome sangat!
Joyeh-chan - (Setiap saat hidung terkembang + sambil gelak jantan) Hahaha! Baru perasan ke? Aku hari-hari cantik. Kau tu yang buta.
Joyah-chan - Hmm.. untunglah muka cantik.
Joyeh-chan - Tahu takpe. (sambill gelak setan dan blah)
Joyah-chan - Eh ? wadderr??


Orang jenis camni bila kita puji sikit mulalah hidung dia tinggi melangit. Elok-elok kita puji secara ikhlas tapi bila dapat reaction macam tu boleh termaki, terkutuk dan ter segala yang boleh upgrade dosa kot. Huhu.. Tak faham aku.. Tapi aku tak rasa ada reaction yang over macam ni kan....?? Or mungkin ada? Kot..


Situasi 2 ** Denial **


Lulu : Kau pakai baju ni buat kau nampak ayu je. Comel betul.
Rara : Eh ye ke? Takdelah biasa-biasa je. Baju je pun. Kau pun apa kurangnya. Comel je..


Orang jenis camni bila kita puji dia cepat-cepat menafikan. Aku tak rasa dia tak suka kita puji dia cuma mungkin dia rasa tak selesa. Kang kalau dipuji dia cakap terima kasih, nampak sangat dia setuju yang dia ni cantik kan? Kann ?? So baik dia menafikan.. takde siapa nak ambil hati. Tapi ada jugak yang denial hanya sebab NAK NAMPAK merendah diri :3 Ada jugak orang camni.. Entahlahh .. 


Situasi 3 ** Pentukar topik **


Mumu - Ada apa-apa kat muka akak ke sampai kamu pandang macam tu?
Mimi   - Eh? Taklah saya tengok akak sebab akak ni cantik sangat.
Mumu - Geh?? Janganlah sopan sangat. Sebab akak ni senior kamu, kamu puji macam tu. Hehe..


Ha! Orang jenis ni pandai.. sebab dia pandai tukar topik. Maksudnya bila kita puji dia cantik, reaction dia biasa-biasa je. Tade nak senyum kambing, hidung kembang sekawah segala bagai. Dia tak fokuskan apa point orang cakap tapi dia terus ke subjek lain but still dalam tajuk yang sama. Faham tak? Macam susah je nak faham yang ni kan? Tak faham takper, nanti korang akan jumpa orang camni. Kita takkan sakit hati pun dengan orang camni.. :)


Okey itu je la yang aku nak bagitau.. aku dapat tahu benda alah ni pun daripada komik yang aku baca. Seriously benda-benda macam ni memang berlaku kat kita. Kan? Kalau ada korang share lah.. bukan nak bukak tempat mengutuk juz err.. fikirkan bersama macam mana nak menyelesaikan masalah ini. Hehehe..


Papepon tenkiu tenkiu sebab sudi baca.


Papai Assalamualaikum. Live well :D




p/s I : Aku jenis no dua. Denial. sebab bila orang puji aku..aku taktahu nak cakap apa. Ok. Aku tipu. Sila jangan percaya. Haha. Korang lak?

p/s II : Maaf sebab guna cantik,cute ayu dan sebagainya sebab nak bagi nampak situasi tu. Maaf!

p/s III : kalau jumpa orang macam situasi 1 , kasik fire je -_-

Gurau eh ? Peace ! \\//

Tuesday, 1 May 2012

Kbai!

Assalamualaikum w.b.t.


Haip! hari ini nak cakap pasal perkataan "Kbai!". Nampaknya ayat sebegini sangat popular dalam kalangan remaja pada masa kini. Aku pun kadang-kadang guna gak ayat "Kbai" tu tapi takdalah terlalu gunakan sangat. Terasa macam hot pulak bila guna ayat-ayat yang macam "Kbai", "Wak luu" and "Untunglaaa". Serius, bila kita guna ayat-ayat macam ni rasa macam wow giler kan. (kening terjongket-jongket)


Tapi fokus utama tajuk ini ialah ayat "Kbai!" tu. Ikut skala kedalaman hati aku ni, aku memang tak berapa nak suka ayat ni even aku pernah guna sebab nak cepat maybe.. Hmm.. Adalah satu kes yang pernah terjadi kat aku..punyalah best bersembang sampai delayed waktu tidur aku sampai ke pagi (baik solat malam).


Contoh 1 **


Joyah-chan - Kau tahu cerita High School Debut ada live action dowh! Eksaitedd dah ni! Kau tahu ker?
Joyeh-chan - Aku taktahu pun. Tak ambil tahu sangat. *muka boring*
Joyah-chan - Hensem dowh mamat tu. Si Junpei Shinichi Kudo berlakon kot! *muka eksaited-takleh-blah*
Joyeh-chan - Oh..ek?
Joyah-chan - ......... *keeksaited terus down* Haahla! Kau tengoklah! Boleh share story.
Joyeh-chan - Hmm pape jela . Kbai! *joyeh-chan is offline*
Joyah-chan - Oit? Out dah ker? Kurang asam! &*^*$%


See? Nampak tak situasi tadi? Sakit hati kot.. gila semangat nak sembang dan-dan dok Kbai! Terfikir jugak kepala otak aku, aku buat salah apa? Busy cakap busy.. *suara slow*


Contoh 2 **


Soya-kun   - Sukalah tu dah ada boipren!
Soyu-chan - Bila pulak aku ada boipren ?? Merepeklah kau ni.
Soya-kun   - Ececeh taknak mengaku pulak. Dok manja-manja (saja nak giat lebih)
Soyu-chan - Mana adalah sengal! Isy tahapahapa je.
Soya-kun   - Oh ek? Kbai!
Soyu-chan - ??? Camtu je?


Ni satu contoh situasi aku rase macam nak tenyeh kepala siapa-siapa yang berniat mengsakitjiwakan aku.   Kau yang start story dulu tetiba nak wassalam dah? TETIBA SAJE. Sekurang-kurangnya bagilah intro nak undur diri. Ni terus gostan tak bagi hint. Orang yang kena tu taktau apa cerita ditinggal terkontang-kanting. Apo kono kau jang? Sengaja hapehh??


Aku tak menafikan penggunaan ayat "Kbai! tu memang agak kool. Betul. But at least boleh tak kalau kau bagi bunga-bunga "Kbai!" kau tu? Takdelah aku fikir kau marah aku ke sakit hati dengan aku. Serius, aku rasa macam "Aku ada cakap salah apa-apa ke terus k bai - k bai?


Mungkin betul kalau ada orang yang cakap, takde maksud apa-apa pon..Kbai tu kbailaa mende kau nak lagi kan? Takkan k hai lak? Ha laa..aku jela jiwa ketuaan..koranglah kemudaan. Puih! Banyaklah, boleh je kalau nak bubuh Kbai pada tempat yang sesuai...


Macam..


"Aku nak pergi library ni, kbai.."


"weh,aku pergi dulu. kbai."


Kan sedap sikit. Baru nampak betul. Ni tengah sedap cerita or update status kat fesbuk ada kbai! kat belakang. Konon trend and it makes you soooo cool la sangat kan? *kekeke* Saja nak provok.


Okey dah! Maaf banyak-banyak sesiapa yang guna ayat macam ni. Aku takde niat nak kutuk hapeh just bagi pandangan. Peace no war. Aite?


Tenkiu tenkiu sebab sudi baca. Tenkiu tenkiut saya memang kiut.


Papai. Assalamualaikum. Live well :D



p/s I : Dua situasi berkenaan tak berkaitan dengan sesiapa. Kalau ada mungkin kebetulan. Penambah perasa. Jangan mare eh ? Kekeke!

p/s II : Cerita High School Debut Live Action The Movie punya boleh tengok kat SINI :3 

Kbai !!!!! Check it ouutttt *gaya Lisa* - (aku-bajet-aku-comel :3)

Sunday, 15 April 2012

Exo-K

Assalamualaikum w.b.t


Haip! Hari ini aku nak berkongsi cerita pasal kumpulan Exo-K. Exo-K ini bernaung di bawah SM Town Entertainment. Alaa yang ada Super Junior dengan Girl's Generation tuh. Exo-K ada satu lagi kumpulan style macam mereka jugak, iaitu Exo-M. Exo-K yang mewakili Korea dan Exo-M mewakili China punya. Kalau tak silaplah.. Tapi aku tak nak cakap pasal Exo-M sorry ek :3


Seriously, pandangan aku terhadap artists K-pop yang baru-baru ni, pandangan aku macam pandang rendah. Dalam hati aku, mengutuk boleh ke deme ni. Macam poyo je lebih. Itu pandang pertama aku terhadap kumpulan tu tapi tak sangka pulak yang bebudak ni semua semart, kool dan comel lote habis! Memang wowww gile bila aku tengok music video diorang! Excited sangat!


Dalam Exo-K tu ada beberapa orang yang aku minat.. tapi bukan fanatik. Muehehehe. Tapi aku explain secara rawaklah tentang diorang semua. Saje nak panjangkan entry. Hikhikhik!



Ini semua member Exo-K. Smart kan? Dah agak dah!

Okey aku perkenalkan satu-satu. 

KAI 

Nama mamat ni Kai,.
Tahun dia lahir 1994 dan umur dia ialah 19.Sebab lahir-lahir diorang terus dikira sebagai 1 tahun.
 Dia ni bagi aku bolehla.. hehe, bukan taste aku pun,tapi ramai orang cakap dia ni macam Taemin (Shinee). Tapi aku rasa muka dia ada iras-iras sikit macam Sam Dong dalam Dream High tu. 
Ke aku sorang yang rasa camtu?
Face of the group, sebab muka dia ni aje dalam teaser EXO. Ciss!
Dia ni agak tinggi.. 182cm. 
Ops tinggi sangat,sah bukan taste saya :/
(jangan marah hikhikhik)

SE HUN
Mamat ni lahir tahun 1994 tapi umur dia 19. Sama macam Kai, tapi dia ni maknae..orang panggil
 paling muda. Aku rasa dia ni pendiam sikit. Yela kot, pendapat aku je yeah? Maybe baru-baru so dia tak tunjuk perangai sebenar. Muahahahaha. Aku rasa dia ni pon bolehla..agak smart. Hehe..
Tinggi dia 181 cm, kurang 1 cm daripada Kai.  Pun bagi aku dia agak tinggi sebab lebih daripada 180cm.



 D.O

Aku ambil gambar dia bebanyak bukan aku obses tapi aku tak dapat nak cari gambar dia yang comel.
Nama dia ni D.O. Lahir tahun 1993 dan umur dia sekarang ialah 20 tahun. Tinggi dia ialah 173cm. Aha! My taste!
Aku rasa member EXO-K yang paling comel-lote ialah D.O ! Serius! Comel dowhh 
Geram kat tang mata dia tu. Awww.. Suara dia paling power, i think so la.. hehe.. dia ni waktu interviu dengan Nicole, Hara (Kara) dengan IU memang cute. Sebab dia boleh tergagap. Aiyohh..

Suho

Leader of EXO-K group. Aku paling minat yang ni. Fufufufufu..
Dia dikenali sebagai second Choi Si Won (Super Junior) 
Dia lahir tahun 1991 dan umur dia sekarang ialah 22 tahun.
Dia ni tinggi takdelah tinggi sangat 176 cm. Sah! memang taste aku.
Senyuman dia sangat comel. Hehe..

Baekhyun

Dia ni main vocalist bag kumpulan EXO-K. Lahir tahun 1992 dan berumur 21 tahun.
Tinggi dia 174 cm. Oklah tu..
Senang je nak cam mana Baekhyun, yang paling banyak nyanyi and mata dia yang sepet.
Alololo comel kan dia ni? Macam baby sikit-sikit. :3

Chanyeol

Dia lahir tahun 1992 dan umur dia sekarang ialah 21 tahun.
Dia ni paling tinggi dalam EXO-K iaitu 185 cm. Naa not my taste. Hehe..
Dia ni main rapper dan vocalist. Pernah muncul dalam SNSD Genie Japanese Version mia..


So aku dah perkenalkan semua geng EXO-K.. Lagu dia yang aku tahu sekarang ni yang famous ialah Mama dan History. Serius cakap memang lagu dia addicted giler! Sebab D.O dan Suho cool and comel kot. Hehe.. Paperpon hope korang okey dengan info aku bagi even tak berapa lengkap sebab aku bagi secara random je.

Credit toSumandu.wordpress.com and Google Image :) Korang kalau nak lebih info boleh usyar dekat SINI :) and I'm sure bile korang tengok D.O dan Suho banyak kali korang akan rasa deme cute sangat!

Tenkiu tenkiu sebab sudi baca. Tenkiu tenkiut saya memang kiut.

Papai . Assalamualaikum. Live well :D



p/s : Adik aku dah cop dah D.O tu! Geramnya !!! Dahla D.O comel tapi takpe Suho ade. Suho jela pengubat ati dalam group tu! >.<

Friday, 13 April 2012

One Fine Day

Assalamualaikum w.b.t


Haip! Dah lama rasa tak update post (memang auta) Aku tak tahu nak bagi intro macam mana tapi abaikan ayat-ayat bunga aku ni.. Dulu-dulu, waktu aku kecik-kecik, comel yang amat aku memang minat gila dengan kartun jepun, dan alhamdulillah minat aku yang satu ni tak berubah langsung walaupun umur aku dah menginjak ke tahap rakyat yang kena mengundi! Bangga tak bangga, time budak sekarang lebih suka tengok Adenan Sempet aku pulak syok-syok layan anime and manga bagai nak gila. Terasa diri special syiall >_<


Tapi tidakku sangka minatku yang suci ini disalah ertikan oleh rakan sebayaku (<< apa kau merepek ni seth tan?) Memang ramailah yang kondem aku, pandang sebelah mata je kutuk-kutuk aku kata aku tak matanglah pekebendalah. Kejadahnya aku tak matang kalau aku tengok Anime? Suka suki je kutuk-kutuk aku.. tapi aku tak kisah sangat..nak jugak bila-bila aku dah tua nanti jadi pangkat nenek boleh aku jadi nenek otaku. Layan cucu aku main game. main cop-cop watak kartun dengan cucu yang pompuan. Puuuihhh macam gampang je kan? Hahaha.


Adalah kawan aku tanya, minat kau ni sampai kau dah kahwin ke? Aku diam jela nak cakap lebih-lebih kang ditazkirahnya aku..Tapi dalam hati suka bagai! Ha la kot minat sampai aku kahwin la.. Mesti hubby-to-be aku kena letak cd/manga jepun  dalam list barang hantaran. Muahahahhaa. Wajib letak! Romantik apa malam-malam layan anime. Err tak tahulah bagi korang romantik ke tak..bagi aku romantiklah.. sebabnya.. hubby-to-be layan minat aku means beliau seorang yang sangat bertolak-ansur. Cehh.. mengada-ngadanya. Sepak kang!


Tu je la aku nak story. Macam takde point kan? Hahaha.. aku tahu. Tapi satu je aku nak cakap, minat orang..takkanlah kita nak merendah-rendahkan. Hormatlah sikit. Kesian kat orang tu yang ada minat tapi tak disokong. Dibuatnya beliau tak berminat langsung kat dunia ni? Kan haru tu..


Tenkiu sebab sudi baca. Tenkiu tenkiut saya memang kiut.


Papai. Assalamualaikum. Live well :D





p/s : saya bercita-cita nak kawin dengan orang jepun yang dah islam. Boleh perkenalkan? ahakzz . Kompem abah aku kejar dengan kayu golf beliau! -_-