Sunday, 4 November 2012

S.m.i.L.e

Assalamualaikum w.b.t

Ohaiyo minna-san! Pagi-pagi yang cerah without roommate memang agak membosankan. Kerja nak mengemas yang sememannya malas dari azali boleh jadi rajin kalau taktahu nak buat apa. Seriously? Taktahu nak buat apa?? Assignment gila berlambak tu nak bagi siapa buat? Kucing? Silap-silap kucing pun boleh termaki aku. Hehehe..

Taknak cakap pasal assignment pun sebenarnya.. Hanya nak berkata-kata, meluahkan rasa di dalam diari online. Err em pernah tak korang terjumpa dengan "someone" and that time hati tu asal boleh nak dupdapupdap plus-plus dokidokidoki dengan lebih lajunya. Pernah? Tak pernah? Aku pernah. Demit~

camni ar perasaan aku waktu jumpe abang tu :3


Ni la nak cerita sikit, waktu aku beli makanan kat kafeteria.. terjumpalah seorang mamat ni. Nak kata hensem..bolehlah, hensem jugaklah. Oh yea dan tinggi. Waktu tu aku dengan kawan aku. Asz bukan nama sebenar ,dia ada sekali dengan aku. Time-time dah habis bayar, pusing la belakang nak blah dahlahh.. Dengan secara tiba-tibanya ramai la pulak yang lalu. So kitorang yang baik hati, comel dan suci ni bagilah laluan. Ehe! Dalam ramai-ramai tu abang yang tidakku ketahui namanya berpaling kat arah kitorang dan dia tersenyum.

gini memang ar.. mau melting trus!
Senyum. Yes senyum. Abang tu senyum bukan senyum macam senyum ada bunyi "heh", sarkastik semacam or senyum nak tak nak. Cara senyuman dia tu.. Aihh.. susah nak describe lak. Tapi yang pasti bila dia senyum tu kitorang macam terpaku, terpana, terkesima dan sewaktu dengannya. Secara automatik, kitorang terbalas balik. Gataii la jugak waktu tu. Tapi kan, senyum tu kan sedekah. Hehehhe :) Waktu itu, hatiku berbunga-bunga.. hari Jumaat itu berjalan dengan lancarnya. Apakah hati ini sudah terpaut? Ohh.. apakah aku dapat ketemu dengannya lagi?

Ayat.. mau mintak penampar guna kaki.. Hehe.. taralah, biasa saja perasaan tu.. tapi tulaa kalau jodoh tak kemana. Hahhaha! Aku pulak yang terjumpa abang tu. Nice weh.. tapi tula, pertemuan kedua biasanya tidaklah seindah yang pertama. saja sedapkan hati.  Dan...... ermm..........


Nak bersambunglah.. kot2 ada pertemuan ketiga,keempat antara kitorang berdua. Ekeke.. Oke, nampak sangat kegatalan tu. Oke fine, mahu menyiapkan assignment . Bubye..

Assalamualaikum ! >.<



No comments:

Post a Comment