Assalamualaikum w.b.t.
Haip! Pernah tak korang rasa semacam bila korang puji seseorang tu reaksi dia macam err..tak dapat dijangkakan? Let say..korang puji dia cantik tapi reaction dia diluar alam. Pernah ? Aku pernah! Kekeke..
Bagi aku ada beberapa jenis orang bila kita puji reaction dia lain-lain. Maksud lain-lain ni bukan yang pelik bin ajaib pun.. reaction dia biasa (bagi dia) tapi kita rasa macam menyampah (sikit).
Situasi 1 ** Terlebih perasan! **
Joyah-chan - Wei! Pewit-pewit! Hari ini lain pulak aku tengok kau. Jelita dan gorgeous dan awesome sangat!
Joyeh-chan - (Setiap saat hidung terkembang + sambil gelak jantan) Hahaha! Baru perasan ke? Aku hari-hari cantik. Kau tu yang buta.
Joyah-chan - Hmm.. untunglah muka cantik.
Joyeh-chan - Tahu takpe. (sambill gelak setan dan blah)
Joyah-chan - Eh ? wadderr??
Orang jenis camni bila kita puji sikit mulalah hidung dia tinggi melangit. Elok-elok kita puji secara ikhlas tapi bila dapat reaction macam tu boleh termaki, terkutuk dan ter segala yang boleh upgrade dosa kot. Huhu.. Tak faham aku.. Tapi aku tak rasa ada reaction yang over macam ni kan....?? Or mungkin ada? Kot..
Situasi 2 ** Denial **
Lulu : Kau pakai baju ni buat kau nampak ayu je. Comel betul.
Rara : Eh ye ke? Takdelah biasa-biasa je. Baju je pun. Kau pun apa kurangnya. Comel je..
Orang jenis camni bila kita puji dia cepat-cepat menafikan. Aku tak rasa dia tak suka kita puji dia cuma mungkin dia rasa tak selesa. Kang kalau dipuji dia cakap terima kasih, nampak sangat dia setuju yang dia ni cantik kan? Kann ?? So baik dia menafikan.. takde siapa nak ambil hati. Tapi ada jugak yang denial hanya sebab NAK NAMPAK merendah diri :3 Ada jugak orang camni.. Entahlahh ..
Situasi 3 ** Pentukar topik **
Mumu - Ada apa-apa kat muka akak ke sampai kamu pandang macam tu?
Mimi - Eh? Taklah saya tengok akak sebab akak ni cantik sangat.
Mumu - Geh?? Janganlah sopan sangat. Sebab akak ni senior kamu, kamu puji macam tu. Hehe..
Ha! Orang jenis ni pandai.. sebab dia pandai tukar topik. Maksudnya bila kita puji dia cantik, reaction dia biasa-biasa je. Tade nak senyum kambing, hidung kembang sekawah segala bagai. Dia tak fokuskan apa point orang cakap tapi dia terus ke subjek lain but still dalam tajuk yang sama. Faham tak? Macam susah je nak faham yang ni kan? Tak faham takper, nanti korang akan jumpa orang camni. Kita takkan sakit hati pun dengan orang camni.. :)
Okey itu je la yang aku nak bagitau.. aku dapat tahu benda alah ni pun daripada komik yang aku baca. Seriously benda-benda macam ni memang berlaku kat kita. Kan? Kalau ada korang share lah.. bukan nak bukak tempat mengutuk juz err.. fikirkan bersama macam mana nak menyelesaikan masalah ini. Hehehe..
Papepon tenkiu tenkiu sebab sudi baca.
Papai Assalamualaikum. Live well :D
p/s I : Aku jenis no dua. Denial. sebab bila orang puji aku..aku taktahu nak cakap apa. Ok. Aku tipu. Sila jangan percaya. Haha. Korang lak?
p/s II : Maaf sebab guna cantik,cute ayu dan sebagainya sebab nak bagi nampak situasi tu. Maaf!
p/s III : kalau jumpa orang macam situasi 1 , kasik fire je -_-
Gurau eh ? Peace ! \\//
No comments:
Post a Comment