Thursday, 12 July 2012

Debaran!

Assalamualaikum w.b.t :)

Hari ini aku cuma nak bagitahu bahawa esok result masuk Universiti keluar! Oh my. Automatik jantung bergerak lebih pantas daripada biasa. Aku tak tahulah nak buat reaction yang macam mana. Muka tunjuk je tak kisah, ceh tak heranlah kononnya. Tapi dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa nervous tahap gaban dah ni.

Untung bagi mereka yang dapat keputusan result STPM dengan pointer yang cukup-cukup comel  untuk ditonjolkan berbanding pointer yang agak hmm..bolehlah atas pagar. Mereka ini tidak perlu untuk terlalu risau, dapat ke tak dapat.. cuma perlu risau kemana universiti yang mereka akan pergi nanti. Oh man, memang aku jeles. >:(

Hehe.. nak buat macam mana, 13 tahun aku belajar kat sekolah aku sia-siakan camtu je. Kan dah kena.. Menyesal pun tak guna jugak. Benda dah berlalu. Apalah kat dalam pale otak aku masa tu. Fikir apa la ek? Alhamdulillah , Allah sedarkan jugak walaupun lambat sikit. Better late than never. Mana tahu masa akan datang, aku dan orang-orang yang gagal ni boleh berjaya. Ye tak? :)

Okeh, apa-apa pun yang berlaku esok. Dapat ke tak dapat aku tawakal. Benda dah jadi, nak menangis satu tempayan pun tak guna jugak. Kalau dapat.. syukur alhamdulillah.. Allah dengar doa-doa hamba-Nya. Kalau tak dapat means aku kena berusaha lebih lagi. Aku tahu memang aku akan menangis esok. Haisy.. Suka sangat menangis. Oh well, pasti ada hikmah di sebalik kejadian.

Okey, nak tengok Rooftop Prince, cerita dia memang kelakar. Sumpah memang sengal habis. Kbai..

Assalamualaikum. :D

* cuti setengah tahun buat badan aku naik naik dan naik lagi mendadak!*
tulunnnnn >0<

picca ambik kat google image. *chupp*

1 comment:

  1. bb doakan yg terbaik untk kmu..insyaAllah... ~ :)

    ReplyDelete