Friday, 13 July 2012

Keputusannya!

Assalamualaikum w.b.t :)

Hahai korang (lambai-lambai tangan sambil tutup mata) Mata bengkak sebab banyak menangis. See..told ya aku memang tak dapat masuk uni. Frust memang frust gila. Gila sangat. Sampai aku menangis rasa macam nak muntah. Teruk sangat keadaan tu aku rasa. :(

Memang bangun pagi tadi aku dah rasa dah yang aku mungkin tak dapat. Tuptup naa..bukan rezeki aku nampaknya. Haiyoh.. Aku tak bukak lagi website UPU, tapi air mata dah turun macam air hujan. Tragis tak tragis. Punyalah takut sangat. Bila dah bukak website tu, lagi lah aku menangis dengan lebih kuat dan sayu. Wuwuwuwu.. such a drama queen!

Time aku menangis tu mulalah aku pertikaikan kenapa doa aku tidak dimakbulkan, Allah S.W.T tak dengar doa aku ke? Seriously, waktu itu memang aku tak dapat berfikir dengan betul. Aku mula berfikir benda-benda negatif. "Macam mana nak teruskan hidup?" "Aku tak akan berjaya" Aku tak boleh pergi mana-mana dah nanti" "Aku gagal selama-lamanya" Semua benda negatif tahap melampau masuk dalam kepala otak aku dok bermain-main pusing-pusing. Sumpah, boleh je kata-kata ni buat aku gila.

Semua benda yang aku belajar dulu hilang macam tu je. Kenapa Allah S.W.T buat macam tu kat aku, aku lupakan. Yang aku tahu, Allah tak sayang aku, sebab tu Dia tak mahu perkenankan doa aku. Geh, I'm such an idiot! Kenapa aku fikir benda-benda macam tu padahal aku tahu, Dia tak makbulkan doa aku, sebab Dia nak duga aku. Aku memang lupa semua tu. Haihh.. malu betul pada diri sendiri! What a shame!!!

Aku cemburu. Ya, memang aku cemburu. Aku bukan baik sangat bila tengok yang lain dapat uni, aku happy gila-gila. Mestilah aku cemburu. Tapi aku tahu bukan rezeki aku. So bila kawan aku dapat, dia try call tanya aku.. mestilah hati aku lagi rasa nak pecah dok teringat "Dukacita dimaklumkan bla bla bla tak dapat". Jadi aku hanya tahan air mata.. aku cakap sambil tersenyum.. "Tahniah Kiah, sebab dapat masuk uni" Perit memang perit tapi aku tumpang gembira bila dia dapat uni, cuma takdelah happy sangat sampai nak buatkan kenduri tujuh hari tujuh malam khas untuk dia. Oh man. Bukan rezeki aku!

Lepas aku menangis sambil sokseksoksek kecil aku diam.. Aku tengok dinding.. "Aku baru tak dapat masuk universiti dah menangis macam nak gila. Mempertikaikan kenapa Allah tak perkenankan doa aku?" Betul-betul macam ada batu hempap kat kepala otak aku. Aku tersedar. Aku memang tak fikir langsung yang aku cukup-cukup beruntung boleh sambung belajar. Ada rayuan, kalau tak dapat boleh masuk universiti swasta. Sungguh aku lupa dan sungguh aku memang tidak reti bersyukur! Budak-budak kat Afrika, kat Palestin yang tak dapat belajar langsung tu macam mana. Allah duga mereka sebab Allah sayang mereka. Aku lupa tentang tu.. Kenapalah aku ni ikut perasaan sangat. :'(

Banyak-banyak terima kasih kat mama, abah, shapiq, bilah, bibi, tirah, tokmek tok ayah bagi semangat kat aku. Mama menangis. Sedih tengok mama, mesti mama kecewa. Tapi aku janji InsyaAllah aku akan belajar sungguh-sungguh. "Mama, maafkan akak. Mama mesti sedih kan?Akak tak dapat sambung belajar. Mama dah banyak bersusah payah untuk akak. :'(" 

Jadi aku rasa aku kena lebih berusaha start masa sekarang. Nak pergi Jepun apa semua, aku nak kumpul duit  perlahan-lahan. InsyaAllah aku akan pastikan yang aku dapat pergi sana. Amin! Kalau ada siapa-siapa yang terbaca post ni, aku memang nak pergi Jepun, anything bout Japan, aku memang suka. So please.. sharing information ngan aku kalau korang tahu nak pergi Jepun apa semua. Tenkiu!

peringatan untuk aku dan mereka yang berasa sedih.
Sentiasa ingat Dia. He knows best!

Alhamdulillah >0<

To: Noorkiah , Syahirah, Sobana ,Valerie tahniah kat korang! Teruskan usaha ! :* Yosha!


No comments:

Post a Comment