Tengok title dah tahu aku nak cakap pasal apa. Ni bukan masalah peribadi aku sendiri tapi ni masalah yang selalu aku tengok, perhati menerusi alam maya, realiti, kisah orang lain dan sebagainya... :) Oh ye, entry kali ini agak emosi. Sila baca dengan nada assertive bukan aggressive.
King Control
Lelaki jenis 'king control biasanya lelaki yang suka mengawal setiap laku partner dia. Sangat berbeza dengan lelaki yang berkepimpinan, lelaki jenis ini suka sangat ataupun lebih kepada memaksa partner dia ikut cakap dia. Eh watahek. Kalau akulah kan aku tak ngam betul lelaki style cenggini. Aku tak suka hidup dalam peraturan, I mean aku tak suka orang arah aku buat tu buat ni melainkan benda tu bagi benefit kat aku. Kalau lelaki tak suka wanita yang act sebagai queen control macam tu jugak wanita pun tak suka jugak lelaki perangai camtu. Eh tapi kalau dah kahwin, mesti kena ikut arahan husband kan?
Membanding-bandingkan partner dia dengan girl lain
Lelaki jenis ni serius aku heran giler, tak paham motif dia.. suka sangat nak compare partner dia dengan the other girl. Tak boleh ke kau just stick dengan girl tu accept dia punya kekurangan dan kelebihan dia? Kalau nak sangat comparelah kan better kau buat diary baca untuk kau sendiri daripada kau cakap kat dia kau sakitkan hati dia. Pantang betul dengan lelaki camni. Kot ye pun nak puji kecantikan atau kelebihan orang lain, jangan cakap kat dia then pumpampumpam melangit puji orang lain. Ambik hati dia cakap "awak,awak.. awak dah cantik dah.. tapi lagi cantik kalau pakai tudung macam si tutt ni." Aku tak rasa partner dia akan terasa kalau lelaki tu cakap macam tu. Ke nak bagi partner dia jeles? Yang tu aku tak tahulah. Kalau aku, aku tak rasa jeles.. tapi rasa down sesangat. Buat apa nak kat aku kalau kau puji orang lain tinggi melangit. Tettt !
Kaki pukul
Yang ni tak payah fikir panjang.. blah cepat-cepat sebelum muka kau masuk METRO. Serius. Tak kahwin lagi dah naik kaki sampai ke muka apatah lagi bila dah kahwin.. bukan setakat partner tu silap-silap anak-anak pun kena sekali. Mintak simpang jumpa lelaki macam ni. Yang cepat marah at the same time cepat cool boleh accept lagi , hembus ayat kursi kat muka dia InsyaAllah baik dah.. Jenis kaki pukul kau tak sempat ambik wudhuk dah kena pelempang sedas dua. Ngee exaggerated pulak. Tapi benda betul kan? Kalau dah nampak tanda-tanda lelaki tu jenis kaki pukul, blah je. Tak payah risau banyak lagi lelaki lain yang lebih berhak untuk kita. Peace!
Cemburu Buta
Lelaki cemburu itu perkara biasa and aku pun setuju kalau lelaki cemburu nampak cute, tak tipu. Tapi ! Tapi.. bila dah tambah buta kat belakang cemburu sumpah dia tak nampak cute dah. Aku seram dengan lelaki macam ni. Cemburu buta tu satu penyakit hati yang sangat bahaya dowh.. Boleh bawak ke arah mencederakan orang. Giler tak seram? Sembang dengan abang maxis mintak suh bayar bil lelaki tu dah naik hangin lepas tu cemburu tetiba tak tentu pasal. Sangat saiko (psycho) ok? Pun mintak simpang jumpa lelaki macam ni. *smirk*
Inilah antara ciri-ciri lelaki yang patut dielakkan aku highlight. Banyak lagi kot sifat-sifat negatif lelaki yang patut dijauhi. Isy kenapa anti sangat dengan lelaki. Bukan anti ....... tapi berwaspada. Takmau kecewa di kemudian hari.And aku rasa.. rasa jela .. mostly, wanita termasuk aku.. memang tak suka lelaki setail lagu ni.. Kalau tak suka kenapa masih bersama? Hmm.. itu wanita. Hati diorang sangat lembut. Kalau lelaki tu panas baran tahap gaban macam mana pun kalau dah pandai mengayat.. sikap panas baran pun dah tak nampak . Yang diorang nampak bahtera mahligai kita bina bersama (ayat tak tahannn) So kalau dah nampak hints yang macam ni silalah berwaspada kalau taknak muka masuk METRO . Hikhik. Femes sebab masuk hospital sekejap :3
Alhamdulillah.. setakat ni aku tak jumpa lagi lelaki-lelaki seperti ni. Abah and abang aku bukanlah tergolong setail camni. Even kengkawan aku. Semua jenis protective. Ohmaigad tak sangka aku puji diorang. Cis! Oh.. ada je yang jenis cepat marah, tapi dia okay.. Sangat okay. Cepat marah tapi cepat kool. :) Which is good sebenarnya. Yela kalau dia baik sangat .. pendam-pendam selalu lama-lama mesti meletup gak kan? Even marah dia selalu buat kitorang gaduh Hey.. selalu? Ye..selalu..bukan sehari, bukan dua hari, tapi berhari-hari. Awak dengar tak ? Berhari-hari kita gaduh. Hehe..
Berhari-hari gaduh pun still boleh make up balik kan? Tapi mesti ada drama sebabak yang akan terjadilah before nak make up balik tu. -_- dua-dua tak matang. Baguslah fasihah syahirah, first time kau bertemu orang yang keras kepala macam kau. Shoot! Hehe..
Ok otak dah start traffic. Taip pun benda mengarut je. So live well pada yang tukang baca (as if) Wanna sleep.. Assalamualaikum.
p/s: hari ni rasa tak dilayan sgt. Kbai.. merajuk dalam diam. Ceit gedik. Sejak bila pulak pandai merajuk bagai. Pfft . Cioussu bebeh.