Monday, 17 June 2013

A day to remember :)

Maaf is just a word. Tapi, kalau kita ikhlas .. I think it will be more than just a word. You have to prove it :)

Assalamualaikum w.b.t

Ada banyak benda nak cakap ni .. tapi setiap kali naik taip something mesti traffic kat mana-mana tempat. Bahasa pun macam dah tak betul. Hanya mengharapkan orang yang membaca boleh faham tanpa penjelasan yang lebih jelas. Erk? (Buat-buat paham je)

15/6/2012 .. (Camne nak start ni)
Ritu kat 1B.. purse aku hilang.. sama ada tercicir.. aku main-main campak .. or I'm too careless tak tahulah.. Tapi purse aku tu hilang camtu je.. tanpa ada klu. Waktu tu baru perasan time nak membayar sandal. Time nak membayar tu baru perasan yang purse tu tak ada dalam beg aku yang besar gedabak. Cuak tak cuak.. sandal tak bayar lagi kot. Nasib baiklah waktu tu, Fira tolong bayarkan. Okey memang malu gila. Ni dah masuk kali kedua aku hilang purse! First time hilang purse, ada orang jumpa, dia pulangkan balik. Second time hilang.. memang tak jumpa-jumpa dah!

Seriously waktu tu memang aku tak tahu nak buat apa. Dalam purse tu biasalah ada I.C, driving license, bank card bagai and duit! Bila dah hilang tu mulalah rasa macam pengemis sebab dah tak ada apa-apa. Adalah duit dalam rm3. Eii bayar duit tambang lepaslah!

Waktu tu, nak menangis air mata darah pun useless gila.. sebab menangis can't bring my purse back. So.. aku call abah guna fon kawan (kredit sendiri pun cam harom, sengkek gilak) gitau yang purse ni hilang. Bla bla bla.. Abah suruh buat laporan polis. Time tu nak maghrib dah.. so rasa macam bahaya kalau pergi balai polis sebab tempat tu macam jarang orang lalu (alasan)

Alhamdulillah, aku ada kawan-kawan yang sangat-sangat baik. Diorang tenangkan aku. Taktahu lah apa diorang buat sebab waktu purse aku hilang takdelah macam pathetic gila. Hmm.. mungkin sebab abah dah masukkan duit kat akaun Fira. Tu yang rasa sedikit berharta even without my identity. Ada kawan ni selalu tanya okay ke tak okay.. Eii.. orang tengah risau pasal IC, ngn duit tu mestilah tak okay.. tapi agaknya dia boleh faham kot reaction aku macam mana. Tu yang dia macam tak cari pasal dengan aku. (Kot)

Terima kasih sangat-sangat kat korang yang keluar sekali waktu tu, hari tu.. Even tu macam first time kite keluar sekali.. Rasa best sangat sampai taknak balik -_- hehe.. Terima kasih jugak tolong tenangkan diri ini. Maafkan saya sebab saya ni careless sangat-sangat. Akanku ubah perangai tersebut.  InsyaAllah.

Yang pasal purse yang hilang tu.. Itu kedua dan yang terakhir aku buat perangai cuai tu.. lepas ni kena jaga elok-elok! Eii .. duit aku kot .. Geram-geram.. Fuh.. sabar je la.. Okay dah tak tahu nak cakap apa. Sebenarnya banyak gila nak taip bagai. Tapi mesti traffic lepas tu lupa terus. Haih .. Last but not least . Keluar hari tu memang best . Ok ? Thanx!

-Sabtu ni last keluar sebab nak release stress! Direct ada test .. shesshh
Hilmi . Fira n Me :) y capture tu tenkiu!

My bestfwen . Fira !
*Sorry .. y tukang capture . Gambar takde . Later okeyh . Btw thnx .. sebab selalu tanya diri ini okey ke tidak.* :) appreciate that . 





Wednesday, 5 June 2013

Unknown reason

Assalamualaikum w.b.t . This will explain everything. *maybe*

copy paste!


Aku kenal sorang ni .. bagi aku dia jenis yang blur .. tak kisah mana kat aku. Sampai satu tahap aku tak tahu apa dia fikir, aku tak tahu apa dia nak. Jadi, aku pun buat satu kesimpulan bahawa mungkin jugak dia tak faham apa aku fikir dan tak tahu apa aku nak . Vice versa .

Dia kata aku ni takde perasaan. Bila dia cakap nak lost contact, aku okey je.. Tak kisah langsung. Sebenarnya bukan aku tak kisah.. aku ikut je keputusan dia. Konon supaya aku nilebih memahami dia. Kununnn.. Jadi aku tak kisah kalau dia nak off contact.  Ain't that sweet ? Pfft.. padahal dalam hati aku.. sedih tau tak. Cuma aku lemah sikit bab nak bagi reaction tu. Sedih tu sedihlah.. Hailaa.. 

Kat situ aku boleh nampak kaum lelaki ni, kalau kita tak bagitau apa yang kita rasa, apa yang kita nak dia takkan faham. Contoh, aku tak berapa nak suka kalau dia rapat dengan orang lain, girl lain sebenarnya. Tak suka tu bukan dia tak boleh nak berkawan langsung.. boleh .. tapi mungkin sebab aku tertengok depan mata aku sendiri, tu yang timbul perasaan tak suka. *I didn't ask for that* Jadi, bila time-2 aku tengah happy tertengok pulak dia dengan orang lain. Automatic aku jadi macam moody, serius tak ada mood. Dia text aku balas sepatah. Dia reply okay, aku reply lagi ciput --> "K". 

Bila dia tanya aku kenapa, aku jawab takde apa. Mengharapkan biar dia faham sendiri. Bagi aku tak semua benda kena cakap, tak semua harus ditunjuk. Tapi dia tak paham jugak. Asal boleh nak aku juga yang cakap. Dan bila aku taknak bagitau sebab kenapa aku berubah secara tiba-tiba dia tukar topik. Tukar topik sebab dia ingat aku takde ape-ape. -_-

Lagi la aku geram, rasa macam tak dipedulikan.. last-last aku bagitau jugak sebab dia, kenapa aku moody tetiba. Cis. Punya segan. Segan sebab motif aku moody tu remeh gila. Macam budak-budak.Takkanlah aku nak bagitahu dia aku tak suka tengok dia dengan orang lain. Eii aku takde ape kot dengan dia.. Sepatutnya aku tak boleh rasa macam tu. Nanti bila dia cakap apa hak aku nak jeles tak ke haru ? *tutup muka dengan blanket*

Aku kalau boleh taknaklah semua benda aku kena cakap.. taknak lah macam tu.. sebabnya kenapa aku pun tak tahu. Mengada-ngada punya penyakit la kot. -_- Dahlah.. Nanti lah aku try macam mana nak luahkan semuanya. *tengoklahhhh* 

K bai. Assalamualaikum.

(p/s: paling best .. bila aku menangis kerja tak siap ke.. dia boleh cakap.. "Laa..nak nangis buat apa. Bukan boleh siap pun assignment tu.. Hadoii .. first time jumpa orang macam dia. Unik betul . Haha.. Aku tak kisah pun dia jenis camtu.. :) Aku suka. K..



bila tak dilayan .. camnilah aku buat kat dalam bilik . Haha

Tuesday, 4 June 2013

Best neighbor ever .

Brenda Joan Jairim. A classmate of me. Story of me and her..

Brenda, first kenal dia .. rasa dia ni sangat-sangat talkative. *waktu tu rasa macam annoying dengan dia* taktahulah kenapa. Tapi itulah yang aku rasa bila datang Uitm Sabah. Sekelas dengan dia. Dia memang peramah. Mungkin disebabkan itu dia ajak masuk sekali dalam group Bel Sem Lepas. -_-

Lepas dah lama tu.. macam boleh masuk dengan perangai dia yang gila-gila. Tementang budak diploma dah habis so aku and Mizah duduklah kat satu bilik. And tak sangka langsung, disebabkan pindah bilik terus ngam dengan Brenda bila dia pun sama gak kena pindah dekat aras yang sama. 

Kitorang pun musykil jugak macam mana boleh rapat tetiba kann .. Rasanya waktu kelas account kot. Kot .. 
Biasanya aku kalau ada masalah, rasa macam nak manja-manja mesti pergi bilik Brenda.. kacau dia tengok movie. Time-time merajuk dengan Mizah (jenis yang cepat stress dan tidak mempedulikan orang lain) mulalah aku akan bawak diri pergi bilik Brenda. 

Bila dah pergi kat bilik dia semua benda nak cerita. Semua. Hehe.. For me, she is a good listener. Dia tak cepat judge orang. Kalau aku dengan dia ada problem kitorang akan cepat-cepat settle. Pernah jugaklah buat drama sebabak dengan dia sebabkan kesalahan yang aku buat. Hihi..

Brenda ajar aku makan makanan tradisional Sabah.. makan mangga sekali.. Dia tak suka durian. Sangat tak suka durian. Ada waktu roommate dia (Hani) bawak balik durian, dia suruh Hani keluar sebab tak tahan bau durian. Well.. bila aku dapat tahu yang Hani ni bawak balik durian terus pau si Hani dan masuk bilik Brenda! Seronok kacau tengok muka dia cemberut tahan bau durian. >3< Bila cuti sem je mesti skype dengan Brenda. Tak selalu tapi ada.. Sentiasa ingat kat Brenda, dia punya trademark selalu budak-budak kelas ikut.. 

Eii nak cerita semua pasal Brenda memang kena buat novel Alaf 21. Punya banyak. Lepas masing-masing dah sem 2, nak manja-manja dengan Brenda pun dah tak boleh.. Sobs.. but its okay.. selagi dia masih classmate, my ex-neighbor still the best!

Brenda .. ni post special untuk awak sebab awak selalu baca blog saya dengan bernada dan penuh bergaya. I love you kawan.. Maafkan saya kalau ada buat silap.. hehe yang drama sebabak tu.Tukang dengar cerita saya yang sentiasa merepek ni. Really appreciate it <3



Brenda , I miss these moment . Seriously :'(