Saturday, 5 April 2014

Face the truth

Assalamualaikum w.b.t

Blog ini bukanlah terlalu privacy. Sesiapa boleh baca. Sesiapa sahaja. Dari kutub utara hatta gurun sahara ke terpulang. Itupun kalau ada yang nak bacalah. Kannnn..

Hari ini tiba-tiba nak serius. Serius nak membincangkan pasal perhubungan yang tak boleh ditafsirkan hala tujunya. Kalau ikutkan baca kronologi perkenalan aku dengan budak tu, sangatlah simple. Simple tu bukanlah jenis hai kau hai aku tapi adalah moments dia.Rahsialah kannn.. Phuiih. Bila ingat balik sejarah Line, WhatsApp, FB Messenger serta SMS memang berulang kali cakap, harapan tu taknak diberi. Ye, berulang sampai aku boleh agak ending dia macam mana. Taktahu nak describe hati ni macam mana. Nak kata terlalu biasa sangat sampai dah kebal pun tak boleh jugak. Pedih dia memang terasalah. Sekarang ni, macam blur-blur je. 

Tipulah kalau aku cakap aku okay semedang. Okay sentiasa. Of course, dalam okay dia tu ada part yang tak okay. Eh, tengah jujur dengan diri sendiri ni. Cewah. Penat dah tahan rasa. Sumpah penat. Kalau boleh, taknak diulang berkali-kali. Cukuplah bila dia cakap, takut bagi harapan dah. Tolonglah faham wahai hati. Jangan berharap sangat. (sekarang aku tak letak harapan macam beberapa bulan yang lalu) 

Salah sendiri ke kalau hati ni rasa macam tu? Sebab aku sorang yang rasa camtu? Sebenarnya diri sendiri yang perasan sendiri? Ke macam mana? Ke sebab, aku yang terlebih suka tapi dia sebenarnya tak suka kat aku tapi takboleh nak tolak aku? Camtu ke? Honestly, ini yang bermain dalam kepala otak aku. Takut bagi harapan. Jadi, aku siapa? Kawan rapat? Ke hanya tempat lepaskan rasa boring? 

Kalau takut bagi harapan, kenapa kena cakap macam tu? Cakap macam-macam sampai buat aku fikir lebih-lebih? Cakap sampai aku rasa aku je yang special? Kalau aku hati batu hati keras macam berlian, cakapla ayat romeo kelas pertama pun hati ni tak cair. KALAU HATI INI HATI BATU. Tapi sayangnya. Kalau perempuan tu perempuan jugak. Lembut kemain. Ahakss

Tak bolehlah nak gerenti kat diri sendiri berapa lama boleh lupa, tak kisah, buat lantak kaulah. Taktahu berapa lama masa boleh ambil. Sebulan? Dua bulan? I don't know. Yang pastinya, bila aku tak peduli sampai bila aku memang tak peduli. Tunggu je la masa tu. 

Persoalan pertama, boleh ke tidak kita contact waktu aku praktikal? Kita tengok bulan 5. Kalau aku memang tak kisah dah peratusan nak berhubung tu macam hubungan yang sangat biasa. Macam kawan-kawan fesbuk. Kawan yang kau tak kisah reply ke tak. Uuu.. bunyi kejam gila. Takdela kejam. Kalau rasa nak hati ni berhak untuk orang lebih baik, better jaga elok-elok. Punyalah banyak kali dia cakap, dia takut bagi harapan kat aku. Jangan bermimpilah nak berharap lebih-lebih nak oii.. Hahaha kelakarlah pulak. Aku yang tak pernah kisah tetiba masuk kat dia ni. Aku jadi lain. Perghh. Rasa nak tampar diri sendiri. 

Persoalan kedua.Serius ke nak stop contact terus? Yep. Teramatlah serius. Kalau boleh biarlah Allah yang tentukan. Even kita satu batch, satu uitm, satu kawasan, satu negara. Potensi nak terserempak memang tinggi. Redha je la. Benda tu tak boleh nak elak. Tapi yang pasti, pertemuan akan datang tak sama macam sebelumnya. Peace! 

#taksusah nak berpijak di bumi yang nyata. Sakit tu memang sakit. Dari diberi kemanisan angan-angan yang belum tentu berkekalan. Baik terima sahaja apa yang berlaku. Eceyh. Sejak bila tah jadi A. Samad Said. Okay. Penat dah fikir. Ni kisah aku ni, kalau karang boleh buat novel ni. Hahaha. Mana tahu laku ke? Doakanlah. Kisah ni menarik jugak. Cewahhhh..



Bila dah jadi kes macam ni. Mulalah berangan nak cari yang muka macam Do Min Joon. Hahah . Mana tau. Dapat ke? #watlekwatpeace yo!

Friday, 21 March 2014

Cerita mukabuku

Assalamualaikum w.b.t ..

Tara! Lepas dah beberapa kali kena "usik" pasal blog ni, aku tukar link atas tu bagi senonoh dan nampak matang sikit. Dari moshi-moshi kepada budak tourism. Oh pelis sangatlah poyo kau mak ngahhhh...

Tak kisahlah pasal tu, just terasa nak post pasal erm.. erm.. pasal ni.

gambar cinonet sebab masalah hapeh tah.. haha! Bianhae

Sebenarnya post pasal ni dah banyak sangat kat facebook, instagram and so on yang disebarkan dalam rangkaian komunikasi kita (eceyh). Ni pendapat aku lah, personal opinion. Bagi aku, orang yang post macam (wanita dalam gambar) tu yang jenis tak respect agama orang lain. Okaylah, biarlah dia nak post apa pun, itu hak dia. Dan facebook tu pun facebook dia jugak. Ikut dialah kan..

Tapi masalahnya, dia hina agama kita, agama Islam. Takkan nak biarkan je.........

Hah yelah, biar je la. Nasihatlah dia. Inbox dia ke cakap "takboleh cakap macam tu meh, you kena hormat jugak agama orang lain. Don't talk so bluntly. Kita satu negara.. bla bla bla. I respect agama you, so you pun kenalah bertolak ansur jugak.." Cubalah cakap macam tu. Keep calm. Yang part dia hina agama Islam, tak respect tu memanglah salah tapi kan, tak perlulah print screen apa dia cakap, and then post dekat wall korang, lepas tu pakat-pakat suruh share. Dalam-dalam suruh share tu, tak boleh nak kira berapa ramai yang maki dia, hina dia and cakap macam-macam. Mostly yang cakap tu of course lah kita sendiri. Yang terasa agama kita dihina, diperlekehkan dan tidak dihormati oleh bangsa lain.

Tak salah nak rasa macam tu. Tapi nak rasa marah tu biarlah berpada, jangan tunjuk kebodohan sendiri. Aku tak rasa itu perlakuan yang sangat baik. Yela, dia cakap macam ni, kita balas macam tu. Sampai bila takde kesudahan. Boleh je kot kalau nak tegur baik-baik. Bersangka baik dekat dia, mungkin dia terlupa, MUNGKINLAH TERLUPA yang kita ni ada banyak kaum, berlainan agama. Manalah tahu kan, dia stress ke apa. Kita tak tahu kan? Bersangka baik je lah.

Diam tu tak semestinya kita yang salah, dia yang betul. Kadang-kadang baik kita berdiam diri dari mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, tidak bermanfaat. Aku pun kadang-kadang terlepas cakap, rasa diri betul. In the end, aku sendiri menyesal, main belasah je cakap last-last timbulkan pergaduhan. Aku tak sebelahkan sesiapa pun. Tak tipu. of courselah rasa bengang, marah pun ada bila ada orang cakap macam tu kat agama kita, agama Islam. Tapi takkan nak jadi macam dia. Balas balik benda sama. Orang lain tengok, mesti akan fikir bukan-bukan. Kita ni pantang dijentik mula nak melenting. 

Yang pasal gambar di atas, motif korang print screen lepas tu share, lepas tu komen macam-macam. Tahu tak boleh cipta pergaduhan? Jadi batu api? Tahu tak apa hukum dia? 

Hudzaifah bin Al-Yaman radhiallahu anhuma berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
“Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba.” (HR. Muslim no. 105)
Maksudnya: Tidak akan masuk syurga pertama kali bersama dengan 
orang-orang yang masuk, melainkan dia akan disucikan dulu di neraka. 

Sumber : tekan sini


Nampak tak kat situ? Terangkan lagi bersuluh, orang yang buat onar pastinya melakukan dosa. Jadi, seeloknya elakkan dari sharing benda macam ni. Cuba elakkan. Kawal rasa marah. Benci dalam hati pun dikira jihad kan? Berdoalah pada Allah, kerana Allah tahu apa yang terbaik. Mungkin hari ini dia hina agama Islam, akan datang siapa tahu? Allah bukakan pintu hati dia untuk menerima Islam. Who knows? 

Sini je lah kot nak cakap. Pendapat sendiri, rasa tak proper kalau sharing post macam tu. Lebih baik share benda bermanfaat boleh naikkan saham di akhirat kelak. Aku pun takdelah baik sangat, serius tak baik. Kekadang main lepas je cakap, lepas tu tak sedar sakitkan hati kawan-kawan sendiri. Tapi lama-lama rasa benda tu tak baik cubalah ubah. Kalau tak sampai bila di takuk lama, hati pun hitam. Asyik fikir kita betul, kita baik dan sebagainya. 

Sampai sini je lah nak taip. Lambat dah nak layan Avatar, The Lost Airbender. Ehe! 

p/s: Yang baik datang dari Allah yang buruk, yang penuh kekurangan daripada saya yang penuh khilaf ni. Mohon maaf, ikhlas dari hati. Sama-sama perbaiki hati, akhlak dan akidah. :)

p/s: tahniah yang dapat keputusan SPM yang cemerlang. Yang biasa-biasa , bukan straight A pun tahniah. Jangan sedih-sedih. Allah tahu apa yang terbaik buat korang. Perjalanan hidup korang bukan setakat lepasan SPM je, banyak lagi cabaran untuk ditempuh. May Allah bless us. InsyaAllah.. Assalamualaikum.


Wednesday, 12 February 2014

marangkerapumarangsekeper

Assalammualaikum w.b.t :)

Kalau nak post blog, mesti title payah giler nak letak. Tak pandai betul nak letak tajuk. :/

Hahai. Alhamdulillah. Aku dah selamat bumi Semenanjung seminggu lepas. Baru nak update. Lalala sape kisah. Haha.. Bila dah sampai rumah, macam heaven gila. Heaven sesesangat. Diri ini dimanjai dengan limpahan makanan yang sangat berkhasiat. Haha. Takde dah ayam giant, potato giant, semua jenama Giant la. Takde dah.. I'm freeee.. 

Tapi masalah lain yang timbul, aku Bo bo bo bosan. Aku bosan. Aiyahh.. bosan. Taktau nak buat gape. Padahal banyak je drama tak khatam. Buku Law, semangat aku bawak balik (penyebab kenapa beg berat) aku bukak satu page tak bergerak-gerak pun. Marah dengan diri sendiri sebab terlampau malas. Malaslah.. ada adik lagilah nak membuli, aku tolong sikit-sikit. Kasik naik market sattt.. Mostly, dialah paling banyak buat kerja. Haha. Bagus betul ada adik.

Yang takleh belahnya, baru berapa hari kat Semenanjung menggedik rindu kat Sabah. Eh? Rasa nak lempang muka sendiri. Baru berapa hari dah rindu kat Teddy, Fira, Asz, Wawa, Brenda, Andi, Farah, Linlee, Mai? Oh ada jugak. Ahahah. Boleh pulak rindu. Memang mintak lempang. Eii tapi seriusla rindu diorang. Taktau la kalau aku sorang je kan yang rindu, dorang tu takkkkk langsung. Sobs. Sedih oit.

Nway, aku pun taktau ape aku nak buat sekarang bila dah balik rumah. Rutin harian aku berjalan macam biasa. Bezanya, aku dah malas bukak laptop nak baca manga, nak tengok drama, nak berfesbuk. Malas. Read my line, M.A.L.A.S. Sila percaya. Taktahu la dah kenapa tapi itulah yang berlaku. Padahal before balik Semenanjung, dah siap berangan nak belajar mekap cara korea. Kononn.. Nak belajar buat kek.. Auta. Nak study Law, mintak puji. Ugh rasa nak mengamuk sebab tak mencapai matlamat yang diharapkan. Mungkin aku perlukan pendorong semangat. Mungkin. 

Tinggal sebulan lima hari lagi cuti aku. Ohmai kejap je masa berlalu. Kalau aku ada banyak duit ni, dah lama aku borong barang benang kat daiso tu buat mengait mafla, sweater, memacamla. Kalaula banyak duit. Beli barang mekap. Yela kan.. next sem, kata nak berubah. Kata je la. Buatnya taktahu lagi. Beli tu la.. beli ni la. Beli barang yang memuaskan hawa nafsu serakah ni. Er? Lelebih plak ayat.. Mian.

Oh ada jugak cadang nak gi berjalan. Cadangan je la. Tapi aku ni suka planning diam-diam. Bila dah lontarkan cadangan, orang anggap itu bukan planning. Itu spontaneous planning. Unexpected planning. Sebab tetibe je kau buat keputusan. Nak buat camne, bukan semua orang setuju. Lainlah kat Sabah, tetibe je boleh pergi 1B even hati berat je angkat punggung dari comforter yang ohsem tahap petala. Ni serius kisah ni dah melencong. 

Lahaii, aku rasa aku dah merepek. Nak tamatkan perbicaraan yang tiada kesudahan. Assalamualaikum. 


-just saying-
Pasal kisah kasih, novel kehidupan yang tengah berlangsung.. I don't expect from the hope. Lagi banyak memberi, lagi sakit hati ini. There's no trust. Hati ni fragile. Lately hati ni rapuh. Senang pecah. Not made from iron.  Tak larat nak seletip. Emoticon "smile" ni membantu aku. Eh apa aku mengarut? Layankannn je.

Reminder for my self : think about the future. Allah knows best. Kau suka dia macam mana pun, kalau takde ape-ape.. memang takkan ada ape-ape. Jaga hati baik-baik. I have no experienced at all. :)




Wednesday, 1 January 2014

New year !

Assalamualaikum w.b.t

Ohoi all~

Aku - saya

Semalam dah post hari ni post lagi. Tetibe rajin dan ada idea nak merapu apa. Jadi saya Nur Fasihah Syahirah tidak melepaskan peluang yang terbuku di hati. 

I'm 22 years old now even tak cukup bulan.

Saya dah sedar tanggungjawab sebagai kakak. Baru nak perasan? Haah.. sebab saya dah start worried about my lil sis yang meningkat remaja. Hmm. too much pancaroba yang perlu dia tempuh. With darah muda, cepat naik marah and so on pasti akan buatkan kitorang bergaduh bila berjumpa. I mean, dia dengan kepala dia, saya dengan hati kering tapi penuh dengan penyayang. Ehem.

Bila umur pun turut meningkat, dah sedar diri ini bukan lagi budak-budak (sebenarnya tak pernah sedar) saya rasa setiap awal tahun akan cakap nak berubah. Kononnya.. susah tahu tak? Susah nak berubah. Cakap je nak berubah tapi tak nampak hasil. Tengokla macam mana. Kalau bergaduh dengan kawan tak keluar air mata tu kira berjayalah tu jadi matang. Taknak menangis dah. Too weak. Tsk~

Oh satu lagi. Never easily trust people. Jangan sesekali. Abah cakap saya ni terlalu lurus (bahasa sopan) sebab percaya sangat kat orang. Hukhukhuk. Dah terkena baru menyesal. Tapi takdelah teruk sangat kalau kena. Ada je alternatif lain kalau nak mengelak dari terkena bila percaya sangat kat orang.

Apa lagi eh. Em.. nak jadi lebih pandai kawal perasaan, taknak cepat marah, cepat melenting sebabkan something yang so so simple giloss.. Buruk sangat kalau marah. Banyak keburukan yang dapat dari kebaikan. So saya try endure marah saya ni. Cool bebeh. Tenang.. Eceyh! Kita tengok macam mana kejadiaannya. Dapat bertahan ke tak. :)

Ini ayat Sham Kamikaze yang sangat cool :)


Yang sepatutnya kita risaukan ialah usia yang semakin bertambah, sedang amalan kita masih berkurangan. 

Yang sepatutnya kita risaukan ialah banyaknya maksiat yang masih kita lakukan, sedang taubat itu selalu kita tangguhkan. 

Tak perlu tunggu 'tahun baru' untuk berubah  Berubahlah pada setiap ruang waktu yang Allah masih berikan, Insya Allah.


Cool tak cool ayat Sham. Saya mengaku, dekat tahun baru beria-ria nak berubah. Tapi hasilnnya kat situ. Hukhuk. Oh 1 more thing, saya and awak-awak semua ni semua manusia biasa je. Saya tak cakap saya tak mungkin tak akan buat kesilapan. Semestinya saya akan buat kesilapan. Dan saya perlukan teguran. Tegur dengan cara berhemah. Aite? Kalau awak marah-marah time tegur saya, saya tak rasa saya dapat terima teguran awak. Faham? Terima kasih. Dah.. nak study. Hehe ... markah OGA tak mencapai tahap. maksudnya untuk final exam kena struggle lebih. :'(  Salam. Selamat Tahun Baru. Moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. InsyaAllah.

Thanks for reading. 






Tuesday, 31 December 2013

Welcome 2014

Assalamualaikum w.b.t 
Ohoi all~

Pejam celik pejam celik masa berlalu dengan pantasnya. Baru semalam aku rasa aku baru struggle untuk final exam sem 1 sekarang ni, I'm struggling for final exam Semester 3. Masa berjalan dengan pantas. From 21 years to 22 tak cukup bulan.

Alhamdulillah. I'm really grateful. Selama aku hidup, aku hadapi segala cabaran bukan sebab usaha sendiri sahaja. Bukan kerana aku seorang yang mampu hadapi tanpa mereka. I'm not alone. Allah ada. Allah kurniakan mama and abah yang verylah understanding, supportive, penuh kasih sayang. Bertambah dengan adik-beradik yang sangat ohsemness tahap petala. Tak lupa juga all my friends. From Perak to Selangor, Selangor to Sabah. Alhamdulillah. Aku dikelilingi mereka yang truly hebat. 

Dalam tahun 2013, tipulah kalau sepanjang tahun tu takde drama sebabak air mata jatuh ke pipi, bergaduh, bermasam muka. Tipulah kalau takde. Life, nak tak nak for sure kena tempuh jugak. Aku kenal bermacam orang. Kenal bermacam perangai, and yang paling penting.. aku kenal diri aku. Aku mula belajar macam mana aku yang sebenar. Siapa aku? (sebenarnya akulah Selermun)

Bila dah menginjak tahun baru ikut tahun Masihi, mulalah sibuk-sibuk nak create azam baru  Konon. Apa azam aku kali ni? Takde azam. Mungkin harapan. Aku nak jadi yang baru. Bukan stay Fasihah Syahirah yang sama. Ye eh? Ye.. nak berubah. For good. 

Boleh ke? InsyaAllah. Aku semakin tua, bukan semakin muda. Semakin tua bermaksud aku semakin dekat dengan kematian. Mungkin ada. Azam aku.. aku nak bina hubungan yang lebih baik, mesra dan yang lebih erat dengan Allah, parents aku, adik beradik aku.. my friends. Kadang-kadang orang sibuk mengejar dunia, akhirat entah ke mana. Takut aku. Terlampau seronok sehingga lupa mati itu bila-bila masa. 

Tahun baru nak masuk.. kalau ikut jam sekarang, tinggal beberapa minit. We start a new chapter. Jadi yang lebih baik. Forgive and forget. Biar sakit.. tapi hati bahagia. Diri ini makin serius. Serius dalam segalanya. Harapan. Harapan cuma harapan.. don't expect too much from the hope. 

But who cares.. siapa nak berubah.. ignore je anasir-anasir yang jahat hasut kita, ajak kita nengok benda tak elok. Contoh je.. hhee.. oklah.. aku rasa dah terlampau mengantuk sampai ayat pun macam tunggang terbalik. 

Happy New Year 2014. Forget the past. Struggle for the future. Assalamualaikum w.b.t

Thanx for reading . Salam.


Last picture for 2013. Alhamdulillah. Still can smile happily :)

Tuesday, 24 September 2013

Welcome Bee Mok!



Aku - kite :)

Assalamualaikum. Taraa !! Hari ni nak memperkenalkan salah sepatung keluarga baru. Nama dia Bee Mok. Sebab dia gemuk dan bulat, kite panggillah dia Bee Mok. Bee tu sebab patung ni spesis lebah/tebuan or whatsoever yang sewaktu dengannya.

Macam mana dapat benda alah ni ? Orang bagi :) Orang bagi sebab birthday kite yang baru 2 hari lepas you! Tanjoubi omedetou! Im officially 21. Tapi gaya sekarang tak macam 21.. sobs.. 

Oh ok.. nak cakap pasal Bee Mok ni.. Waktu dapat dia. memang happy sangat-sangat. Tak expect pun dapat. Tetiba pulak kan ada orang buat birthday surprise. Gile tak terharu. Sebab semua buat gaya 22-Sept takde dalam kalender. Padahal 2,3 weeks before tarikh sebenar dah uar-uarkan. Hehe.. saje :)

Bee Mok ni sangat comel, bulat, gemuk dan pendek.. Adalah ciri-ciri kite kat dalam Bee Mok ni. Pandai orang yang bagi ni pilih. Toce toce toce .. First tengok Bee Mok ni, ingatkan monyet. Muka macam monyet, lepas tu ada gaya lembu.. sebab nampak tanduk tapi tu sesengat dia . Pusing 2,3 kali baru tau Bee Mok ialah tebuan yang chubby. Haha..

Mula-mula dapat happy sangat. Treasure betul-betul ni. Taknak bagi siapa pun sentuh termasuk tuan yang belikan. Tapi bila dah ada konflik sikit dengan orang yang sama, mulalah rasa nak backhand Bee Mok ni. Sobs. Saya sangat kejam kepada Bee Mok. Sekarang pun treasure jugak.. tapi bila dah gaduh.. mulalah rasa Bee Mok ni untuk orang yang lebih sesuai jadi tuan dia.. bukan kite :( 

Kite rasa, kalau Bee Mok ni dapat tuan yang sebenar, confirm tuan dia mesti yang ayu, jujur, baik, amanah, tak sakitkan hati.. ugh.. kira pakej lengkaplah nak dapat hadiah macam Bee Mok. Eii tapi dah sayang sangat kat Bee Mok, sedih pulak bila fikir tuan yang bagi patut bagi Bee Mok kepada orang yang lebih berhak. Sedih sedih sedih. *nangis berjujuran*

Itu je la nak cakap pasal Bee Mok :p oh nama penuh dia Bee Gemok bin Budak Buntal. Hahahaha.. Untuk Bee Mok, saya mungkin tak dapat jadi tuan yang baik, tapi kite akan treasure awak betul-betul even tuan yang bagi ni tak suka kite dah :( (merajuk Mumu ni, tutup telinga Mumu)

Btw, mereka buat birthday suprise. I got two cakes. One, from them.. Second, from Brenda :) Love them so much. First time dapat yang sekaligus camni. Semoga persahabatan berkekalan till forever. InsyaAllah. 


Yang ni present yang aku dapat .. dari kiri, Mausi, Shiro, Bee Mok and the last one .. err ... losyen ? Heee

Birthday Cake daripada Brenda :) supported by all my classmates yang OHSEM

sankyu. Happy reading :)

p/s : sangat hargai apa yang berikan kpd sy .. lalalalala ..

Sunday, 21 July 2013

Antara ciri-ciri lelaki yang wajib dijauhi

Assalamualaikum w.b.t :)

Tengok title dah tahu aku nak cakap pasal apa. Ni bukan masalah peribadi aku sendiri tapi ni masalah yang selalu aku tengok, perhati menerusi alam maya, realiti, kisah orang lain dan sebagainya... :) Oh ye, entry kali ini agak emosi. Sila baca dengan nada assertive bukan aggressive.

King Control

Lelaki jenis 'king control biasanya lelaki yang suka mengawal setiap laku partner dia. Sangat berbeza dengan lelaki yang berkepimpinan, lelaki jenis ini suka sangat ataupun lebih kepada memaksa partner dia ikut cakap dia. Eh watahek. Kalau akulah kan aku tak ngam betul lelaki style cenggini. Aku tak suka hidup dalam peraturan, I mean aku tak suka orang arah aku buat tu buat ni melainkan benda tu bagi benefit kat aku. Kalau lelaki tak suka wanita yang act sebagai queen control macam tu jugak wanita pun tak suka jugak lelaki perangai camtu. Eh tapi kalau dah kahwin, mesti kena ikut arahan husband kan? 

Membanding-bandingkan partner dia dengan girl lain

Lelaki jenis ni serius aku heran giler, tak paham motif dia.. suka sangat nak compare partner dia dengan the other girl. Tak boleh ke kau just stick dengan girl tu accept dia punya kekurangan dan kelebihan dia? Kalau nak sangat comparelah kan better kau buat diary baca untuk kau sendiri daripada kau cakap kat dia kau sakitkan hati dia. Pantang betul dengan lelaki camni. Kot ye pun nak puji kecantikan atau kelebihan orang lain, jangan cakap kat dia then pumpampumpam melangit puji orang lain. Ambik hati dia cakap "awak,awak.. awak dah cantik dah.. tapi lagi cantik kalau pakai tudung macam si tutt ni." Aku tak rasa partner dia akan terasa kalau lelaki tu cakap macam tu. Ke nak bagi partner dia jeles? Yang tu aku tak tahulah. Kalau aku, aku tak rasa jeles.. tapi rasa down sesangat. Buat apa nak kat aku kalau kau puji orang lain tinggi melangit. Tettt !



Kaki pukul

Yang ni tak payah fikir panjang.. blah cepat-cepat sebelum muka kau masuk METRO. Serius. Tak kahwin lagi dah naik kaki sampai ke muka apatah lagi bila dah kahwin.. bukan setakat partner tu silap-silap anak-anak pun kena sekali. Mintak simpang jumpa lelaki macam ni. Yang cepat marah at the same time cepat cool boleh accept lagi , hembus ayat kursi kat muka dia InsyaAllah baik dah.. Jenis kaki pukul kau tak sempat ambik wudhuk dah kena pelempang sedas dua. Ngee exaggerated pulak. Tapi benda betul kan? Kalau dah nampak tanda-tanda lelaki tu jenis kaki pukul, blah je. Tak payah risau banyak lagi lelaki lain yang lebih berhak untuk kita. Peace!



Cemburu Buta

Lelaki cemburu itu perkara biasa and aku pun setuju kalau lelaki cemburu nampak cute, tak tipu. Tapi ! Tapi.. bila dah tambah buta kat belakang cemburu sumpah dia tak nampak cute dah. Aku seram dengan lelaki macam ni. Cemburu buta tu satu penyakit hati yang sangat bahaya dowh.. Boleh bawak ke arah mencederakan orang. Giler tak seram? Sembang dengan abang maxis mintak suh bayar bil lelaki tu dah naik hangin lepas tu cemburu tetiba tak tentu pasal. Sangat saiko (psycho) ok? Pun mintak simpang jumpa lelaki macam ni. *smirk*


Inilah antara ciri-ciri lelaki yang patut dielakkan aku highlight. Banyak lagi kot sifat-sifat negatif lelaki yang patut dijauhi. Isy kenapa anti sangat dengan lelaki. Bukan anti ....... tapi berwaspada. Takmau kecewa di kemudian hari.And aku rasa.. rasa jela .. mostly, wanita termasuk aku.. memang tak suka lelaki setail lagu ni.. Kalau tak suka kenapa masih bersama? Hmm.. itu wanita. Hati diorang sangat lembut. Kalau lelaki tu panas baran tahap gaban macam mana pun kalau dah pandai mengayat.. sikap panas baran pun dah tak nampak . Yang diorang nampak bahtera mahligai kita bina bersama (ayat tak tahannn) So kalau dah nampak hints yang macam ni silalah berwaspada kalau taknak muka masuk METRO . Hikhik. Femes sebab masuk hospital sekejap :3

Alhamdulillah.. setakat ni aku tak jumpa lagi lelaki-lelaki seperti ni. Abah and abang aku bukanlah tergolong setail camni. Even kengkawan aku. Semua jenis protective. Ohmaigad tak sangka aku puji diorang. Cis! Oh.. ada je yang jenis cepat marah, tapi dia okay.. Sangat okay. Cepat marah tapi cepat kool. :) Which is good sebenarnya. Yela kalau dia baik sangat .. pendam-pendam selalu lama-lama mesti meletup gak kan? Even marah dia selalu buat kitorang gaduh Hey.. selalu? Ye..selalu..bukan sehari, bukan dua hari, tapi berhari-hari. Awak dengar tak ? Berhari-hari kita gaduh. Hehe..

Berhari-hari gaduh pun still boleh make up balik kan? Tapi mesti ada drama sebabak yang akan terjadilah before nak make up balik tu. -_- dua-dua tak matang. Baguslah fasihah syahirah, first time kau bertemu orang yang keras kepala macam kau. Shoot! Hehe..

Ok otak dah start traffic. Taip pun benda mengarut je. So live well pada yang tukang baca (as if) Wanna sleep.. Assalamualaikum. 

p/s: hari ni rasa tak dilayan sgt. Kbai.. merajuk dalam diam. Ceit gedik. Sejak bila pulak pandai merajuk bagai. Pfft . Cioussu bebeh.