Saturday, 5 April 2014

Face the truth

Assalamualaikum w.b.t

Blog ini bukanlah terlalu privacy. Sesiapa boleh baca. Sesiapa sahaja. Dari kutub utara hatta gurun sahara ke terpulang. Itupun kalau ada yang nak bacalah. Kannnn..

Hari ini tiba-tiba nak serius. Serius nak membincangkan pasal perhubungan yang tak boleh ditafsirkan hala tujunya. Kalau ikutkan baca kronologi perkenalan aku dengan budak tu, sangatlah simple. Simple tu bukanlah jenis hai kau hai aku tapi adalah moments dia.Rahsialah kannn.. Phuiih. Bila ingat balik sejarah Line, WhatsApp, FB Messenger serta SMS memang berulang kali cakap, harapan tu taknak diberi. Ye, berulang sampai aku boleh agak ending dia macam mana. Taktahu nak describe hati ni macam mana. Nak kata terlalu biasa sangat sampai dah kebal pun tak boleh jugak. Pedih dia memang terasalah. Sekarang ni, macam blur-blur je. 

Tipulah kalau aku cakap aku okay semedang. Okay sentiasa. Of course, dalam okay dia tu ada part yang tak okay. Eh, tengah jujur dengan diri sendiri ni. Cewah. Penat dah tahan rasa. Sumpah penat. Kalau boleh, taknak diulang berkali-kali. Cukuplah bila dia cakap, takut bagi harapan dah. Tolonglah faham wahai hati. Jangan berharap sangat. (sekarang aku tak letak harapan macam beberapa bulan yang lalu) 

Salah sendiri ke kalau hati ni rasa macam tu? Sebab aku sorang yang rasa camtu? Sebenarnya diri sendiri yang perasan sendiri? Ke macam mana? Ke sebab, aku yang terlebih suka tapi dia sebenarnya tak suka kat aku tapi takboleh nak tolak aku? Camtu ke? Honestly, ini yang bermain dalam kepala otak aku. Takut bagi harapan. Jadi, aku siapa? Kawan rapat? Ke hanya tempat lepaskan rasa boring? 

Kalau takut bagi harapan, kenapa kena cakap macam tu? Cakap macam-macam sampai buat aku fikir lebih-lebih? Cakap sampai aku rasa aku je yang special? Kalau aku hati batu hati keras macam berlian, cakapla ayat romeo kelas pertama pun hati ni tak cair. KALAU HATI INI HATI BATU. Tapi sayangnya. Kalau perempuan tu perempuan jugak. Lembut kemain. Ahakss

Tak bolehlah nak gerenti kat diri sendiri berapa lama boleh lupa, tak kisah, buat lantak kaulah. Taktahu berapa lama masa boleh ambil. Sebulan? Dua bulan? I don't know. Yang pastinya, bila aku tak peduli sampai bila aku memang tak peduli. Tunggu je la masa tu. 

Persoalan pertama, boleh ke tidak kita contact waktu aku praktikal? Kita tengok bulan 5. Kalau aku memang tak kisah dah peratusan nak berhubung tu macam hubungan yang sangat biasa. Macam kawan-kawan fesbuk. Kawan yang kau tak kisah reply ke tak. Uuu.. bunyi kejam gila. Takdela kejam. Kalau rasa nak hati ni berhak untuk orang lebih baik, better jaga elok-elok. Punyalah banyak kali dia cakap, dia takut bagi harapan kat aku. Jangan bermimpilah nak berharap lebih-lebih nak oii.. Hahaha kelakarlah pulak. Aku yang tak pernah kisah tetiba masuk kat dia ni. Aku jadi lain. Perghh. Rasa nak tampar diri sendiri. 

Persoalan kedua.Serius ke nak stop contact terus? Yep. Teramatlah serius. Kalau boleh biarlah Allah yang tentukan. Even kita satu batch, satu uitm, satu kawasan, satu negara. Potensi nak terserempak memang tinggi. Redha je la. Benda tu tak boleh nak elak. Tapi yang pasti, pertemuan akan datang tak sama macam sebelumnya. Peace! 

#taksusah nak berpijak di bumi yang nyata. Sakit tu memang sakit. Dari diberi kemanisan angan-angan yang belum tentu berkekalan. Baik terima sahaja apa yang berlaku. Eceyh. Sejak bila tah jadi A. Samad Said. Okay. Penat dah fikir. Ni kisah aku ni, kalau karang boleh buat novel ni. Hahaha. Mana tahu laku ke? Doakanlah. Kisah ni menarik jugak. Cewahhhh..



Bila dah jadi kes macam ni. Mulalah berangan nak cari yang muka macam Do Min Joon. Hahah . Mana tau. Dapat ke? #watlekwatpeace yo!