Friday, 21 March 2014

Cerita mukabuku

Assalamualaikum w.b.t ..

Tara! Lepas dah beberapa kali kena "usik" pasal blog ni, aku tukar link atas tu bagi senonoh dan nampak matang sikit. Dari moshi-moshi kepada budak tourism. Oh pelis sangatlah poyo kau mak ngahhhh...

Tak kisahlah pasal tu, just terasa nak post pasal erm.. erm.. pasal ni.

gambar cinonet sebab masalah hapeh tah.. haha! Bianhae

Sebenarnya post pasal ni dah banyak sangat kat facebook, instagram and so on yang disebarkan dalam rangkaian komunikasi kita (eceyh). Ni pendapat aku lah, personal opinion. Bagi aku, orang yang post macam (wanita dalam gambar) tu yang jenis tak respect agama orang lain. Okaylah, biarlah dia nak post apa pun, itu hak dia. Dan facebook tu pun facebook dia jugak. Ikut dialah kan..

Tapi masalahnya, dia hina agama kita, agama Islam. Takkan nak biarkan je.........

Hah yelah, biar je la. Nasihatlah dia. Inbox dia ke cakap "takboleh cakap macam tu meh, you kena hormat jugak agama orang lain. Don't talk so bluntly. Kita satu negara.. bla bla bla. I respect agama you, so you pun kenalah bertolak ansur jugak.." Cubalah cakap macam tu. Keep calm. Yang part dia hina agama Islam, tak respect tu memanglah salah tapi kan, tak perlulah print screen apa dia cakap, and then post dekat wall korang, lepas tu pakat-pakat suruh share. Dalam-dalam suruh share tu, tak boleh nak kira berapa ramai yang maki dia, hina dia and cakap macam-macam. Mostly yang cakap tu of course lah kita sendiri. Yang terasa agama kita dihina, diperlekehkan dan tidak dihormati oleh bangsa lain.

Tak salah nak rasa macam tu. Tapi nak rasa marah tu biarlah berpada, jangan tunjuk kebodohan sendiri. Aku tak rasa itu perlakuan yang sangat baik. Yela, dia cakap macam ni, kita balas macam tu. Sampai bila takde kesudahan. Boleh je kot kalau nak tegur baik-baik. Bersangka baik dekat dia, mungkin dia terlupa, MUNGKINLAH TERLUPA yang kita ni ada banyak kaum, berlainan agama. Manalah tahu kan, dia stress ke apa. Kita tak tahu kan? Bersangka baik je lah.

Diam tu tak semestinya kita yang salah, dia yang betul. Kadang-kadang baik kita berdiam diri dari mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, tidak bermanfaat. Aku pun kadang-kadang terlepas cakap, rasa diri betul. In the end, aku sendiri menyesal, main belasah je cakap last-last timbulkan pergaduhan. Aku tak sebelahkan sesiapa pun. Tak tipu. of courselah rasa bengang, marah pun ada bila ada orang cakap macam tu kat agama kita, agama Islam. Tapi takkan nak jadi macam dia. Balas balik benda sama. Orang lain tengok, mesti akan fikir bukan-bukan. Kita ni pantang dijentik mula nak melenting. 

Yang pasal gambar di atas, motif korang print screen lepas tu share, lepas tu komen macam-macam. Tahu tak boleh cipta pergaduhan? Jadi batu api? Tahu tak apa hukum dia? 

Hudzaifah bin Al-Yaman radhiallahu anhuma berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
“Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba.” (HR. Muslim no. 105)
Maksudnya: Tidak akan masuk syurga pertama kali bersama dengan 
orang-orang yang masuk, melainkan dia akan disucikan dulu di neraka. 

Sumber : tekan sini


Nampak tak kat situ? Terangkan lagi bersuluh, orang yang buat onar pastinya melakukan dosa. Jadi, seeloknya elakkan dari sharing benda macam ni. Cuba elakkan. Kawal rasa marah. Benci dalam hati pun dikira jihad kan? Berdoalah pada Allah, kerana Allah tahu apa yang terbaik. Mungkin hari ini dia hina agama Islam, akan datang siapa tahu? Allah bukakan pintu hati dia untuk menerima Islam. Who knows? 

Sini je lah kot nak cakap. Pendapat sendiri, rasa tak proper kalau sharing post macam tu. Lebih baik share benda bermanfaat boleh naikkan saham di akhirat kelak. Aku pun takdelah baik sangat, serius tak baik. Kekadang main lepas je cakap, lepas tu tak sedar sakitkan hati kawan-kawan sendiri. Tapi lama-lama rasa benda tu tak baik cubalah ubah. Kalau tak sampai bila di takuk lama, hati pun hitam. Asyik fikir kita betul, kita baik dan sebagainya. 

Sampai sini je lah nak taip. Lambat dah nak layan Avatar, The Lost Airbender. Ehe! 

p/s: Yang baik datang dari Allah yang buruk, yang penuh kekurangan daripada saya yang penuh khilaf ni. Mohon maaf, ikhlas dari hati. Sama-sama perbaiki hati, akhlak dan akidah. :)

p/s: tahniah yang dapat keputusan SPM yang cemerlang. Yang biasa-biasa , bukan straight A pun tahniah. Jangan sedih-sedih. Allah tahu apa yang terbaik buat korang. Perjalanan hidup korang bukan setakat lepasan SPM je, banyak lagi cabaran untuk ditempuh. May Allah bless us. InsyaAllah.. Assalamualaikum.