Tuesday, 23 April 2013

Bila diri nak jadi ayu

Assalamualaikum w.b.t :) Hollaa..

Semalam, 220413, aku hang out togeder-geder with one of my bestfriend.. Memandangkan kitorang 2 je yang tak balik kampung halaman masing-masing terpaksalah menghabiskan masa dengan berfoya-foya mencuci mata melihat para lelaki yang hensem-hensem dan bajet kiut-miut. Oh ok. Straight forward la eh?

Aku ni sebenarnya dalam bab pemakaian seriously bukanlah jenis bergaya or fashionista bagai. Kira aku ni tergolong dalam golongan yang maha biasa, paling sesimple alam sebab keluar date pun boleh pakai seluar track. Kejadah!

Hii.. bukan aku tak suka nak feminin bagai. Suka.. teringin gila. Tapi..tapi.. *keluarkan sapu tangan* sobs.. Aku macam tak layak je pakai pakaian macam tu. Don't get me wrong bukan aku ada six pack macam Sazali Samad tu.. just tubuh badan aku ni tak sesuai. Faham tak, tak sesuai? *tutup muka dengan bantal*

Itulah semalam aku keluar dengan Asz (bukan-nama-sebenar) aku mintak tolong dia carikan aku satu dress yang menampakkan aku ni ayu dan kiut dan yang paling penting macam perempuan. *blushing* Asz tanya aku, pakaian yang aku tengah pakai sekarang ni tak menampakkan aku seorang perempuan ke? Sambil matanya memandang tubuhku yang dibaluti t-shirt lengan panjang dan seluar jeans berjenama PADINI. (dah mcm versi novel ni..hoho) Eii..bukan aku tak macam perempuan. Gaya aku ni macam umur belasan tahun. Tak macam umur duapuluhsatutahun. At least la kan kalau aku pakai macam ala-ala ladies nampaklah aku ni umur 21. Kononn..

Keputusan drastik mengapa aku nak berubah menjadi ayu 360 darjah disebabkan seseorang ni. Bukan apa.. soalan+kenyataan dia memang bestlah.. "Kenapa saya selalu nampak awak pakai seluar track?" Okey, sangat segan dengan dia sebenarnya bila dia cakap macam tu.. Tapi bila aku pikir balik bukan aku buruk sangat macam nenek kebayan pun kalau tak pakai macam orang lain pakai. 

That is so not me la kan kalau nak pakai dress macam tu.. Sebab? Aku ni kiut orangnya.. pakai je seluar track t-shirt lengan panjang dah comel dah. (abaikan statement yang puji diri sendiri tak ingat dunia) Nanti-nanti lah kalau nak ubah gaya penampilan  tu.. Kan? Dalam umur 23 ke.. aku berubahlah.. Oh, bukan berubah pakai pakaian seksi seksa bagai tapi lebih kepada ayu dan sopan. InsyaAllah..

ni kawan aku .. fira .. aku selalu jeles kat dia sebab dia ni comel+ayu
hehee... tapi aku sayang dia . :) sangat.
oh yang pakai seluar trek tu aku lah jgk tu .. tehee..



Friday, 12 April 2013

Cafe Cinta

Assalamualaikum w.b.t :)

Suatu hari di pagi yang hening.. suatu mesej diterima.

"Salam Seha, kamu satu rumah semua muslim ka? 
Kakak bercadang mau buat talk (usrah). Kalau buat di 
rumah kamu, kamu ok ka?"

    Kak Nidar

Dapat je mesej tu terus terbukak luas mata aku yang sepet ni. Ohmergedd.. Sudahlah rumah macam tongkang pecah, tak macam rumah anak dara dah. Malu kot.. Apa-apa pun aku balas okay, no problem. Serius, sangat berbesar hati sebab rumah kitorang yang biasa-biasa yang amat ni dijadikan tempat untuk membincangkan perihal ilmu agama. Alhamdulillah. 

So, lepas dah plan berbagai.. kak Nidar and sekutu TLC (tudung labuh clan) datang.. hehe.. Lepas dah solat maghrib berjemaah, and baca Yasin.. kitorang adakan sesi taaruf. Sesi berkenal-kenalan.. Before menunggu akak yang sepatutnya bagi talk tu.. kitorang diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing and menceritakan kisah cinta masing-masing.. Eii segan-giler-mak-ang! Luckily aku tak payah nak menceritakan kisah cinta aku yang mengarut giler. Hanya yang terpilih sahaja. Including one of my best friend! :)

Lepas dah cerita apa semua, datanglah akak yang bagi talk tu.. Her name is Kak Nadrah. Really simple person, energetic, and she is a nurse. Kak Nadrah ni ada style tersendiri bila bercakap, everything yang dia cakap sangat nice. Alhamdulillah, sangat berguna apa yang beliau cuba sampaikan. Aku share sikit-sikitlah apa yang aku dapat daripada talk tersebut. Ehem.. memandangkan usrah yang disampaikan ni berkenaan cinta, makanya semua excited bertanya kat Kak Nadrah pasal cinta.. psstt tak gatai pun.. cuma nak mendalami lebih dalam je makna cinta.. teheee! 

Untuk introduction, kak nadrah dah bagitahu awal-awal lagi.. kalau seorang lelaki itu betul-betul cintakan kita, pastinya dia berusaha ingin membawa kita ke syurga :) sangat terkesan sebab most of us sangat tidak serius dalam bercinta. Cinta jadi serius bila kita betul-betul maksudkannya. Dengan apa? Dengan membina baitul muslim. Baitul muslim ni erti kata lain ialah perkahwinan. Awww.. I like it.  Lepas tu, kak Nadrah explain wajah-wajah buruk cinta.. jeng jeng jeng..

1) Bentuk kecintaan terhadap dunia
Dalam surah Al-Kiamah ayat 20-21 ada menerangkan kecintaan kita terhadap dunia. 

2) Bentuk kecintaan terhadap harta benda
Ambil contoh paling mudah, Si Qarun yang mati tertimbun bersama-sama harta karunnya. Punyalah sayang dia terhadap harta karun yang Allah kurniakan pada dia sampai mati pun togeder-geder .. Isk..isk..

3) Bentuk kecintaan terhadap syahwat dan keinginan
Faham-fahamlah kan tentang apa.. maksiat yang berlaku.. zina dan sebagainya. Ni semua berpunca atas diri kita sendiri yang susah sangat nak mengawal nafsu liar. Cewaaahhh...

4) Bentuk kecintaan terhadap suatu yang buruk bagi dirinya.
Contoh yang boleh diambil macam dadah ataupun rokok.. ada orang yang hisap benda-benda alah ni fikir benda macam nilah boleh menghilangkan masalah or bagi diorang tenang. Hakikatnya? Benda macam ni memudaratkan diri mereka sendiri. Sadis.

5) Bentuk kecintaan terhadap suatu golongan yang menyesatkan kita secara tidak langsung
Ikut kumpulan agama yang memang confirm sesat bagai. 

Itulah wajah-wajah buruk cinta yang harus yang patut kita elakkan! Fuhh.. Okey takpe. Aku nak jelaskan banyak-banyak aku tak berani takut tersalah beri info bagai. Tapi apa yang aku faham aku cuba share.. Ilmu kotttt .. 

Em macam panjang terlebih pulak entri aku kali ini.. Haa.. pasal kak nadrah tadi kan.. aku ada tanya satu soalan kat akak tu.. Aku tanya.. kalau kita sukakan kat seseorang ni.. orang ni pun suka kat kita.. kira suka sama suka lah .. tapi kitorang masing-masing tak sure dengan hala tuju kitorang. Patut ke kita lupakan dia? Lupakan perasaan kita? Lebih kurang macam tu la aku tanya. And jawapan yang aku dapat, Allah yang kurniakan rasa suka kita tu.. tapi itu tak bermakna kita boleh alpa dengan rasa suka tu.. Cuba mujahaddah.. tingkatkan iman.. angkat maruah kita sebagai wanita. Tak rasa ke kita akan dapat someone yang lebih better dari dia? Tapi kalau dah suka.. apa lagi kan.. mai bawak jumpak mak abah. Senang! Haha .. 

Okeylah .. need to stop. Macam dah melalut sangat ni kann ?Maaflah korang. Baca je lah yek amik hati punya pasal. Ngee...

Assalamualaikum. Live well peeps. :)


I try to forget him slow-slow . Heee .. susah memang susah .. doakan ye ? :)