Haip! Hari ini aku nak berkongsi cerita pasal kumpulan Exo-K. Exo-K ini bernaung di bawah SM Town Entertainment. Alaa yang ada Super Junior dengan Girl's Generation tuh. Exo-K ada satu lagi kumpulan style macam mereka jugak, iaitu Exo-M. Exo-K yang mewakili Korea dan Exo-M mewakili China punya. Kalau tak silaplah.. Tapi aku tak nak cakap pasal Exo-M sorry ek :3
Seriously, pandangan aku terhadap artists K-pop yang baru-baru ni, pandangan aku macam pandang rendah. Dalam hati aku, mengutuk boleh ke deme ni. Macam poyo je lebih. Itu pandang pertama aku terhadap kumpulan tu tapi tak sangka pulak yang bebudak ni semua semart, kool dan comel lote habis! Memang wowww gile bila aku tengok music video diorang! Excited sangat!
Dalam Exo-K tu ada beberapa orang yang aku minat.. tapi bukan fanatik. Muehehehe. Tapi aku explain secara rawaklah tentang diorang semua. Saje nak panjangkan entry. Hikhikhik!
Ini semua member Exo-K. Smart kan? Dah agak dah!
Okey aku perkenalkan satu-satu.
KAI
Nama mamat ni Kai,.
Tahun dia lahir 1994 dan umur dia ialah 19.Sebab lahir-lahir diorang terus dikira sebagai 1 tahun.
Dia ni bagi aku bolehla.. hehe, bukan taste aku pun,tapi ramai orang cakap dia ni macam Taemin (Shinee). Tapi aku rasa muka dia ada iras-iras sikit macam Sam Dong dalam Dream High tu.
Ke aku sorang yang rasa camtu?
Face of the group, sebab muka dia ni aje dalam teaser EXO. Ciss!
Dia ni agak tinggi.. 182cm.
Ops tinggi sangat,sah bukan taste saya :/
(jangan marah hikhikhik)
SE HUN
Mamat ni lahir tahun 1994 tapi umur dia 19. Sama macam Kai, tapi dia ni maknae..orang panggil
paling muda. Aku rasa dia ni pendiam sikit. Yela kot, pendapat aku je yeah? Maybe baru-baru so dia tak tunjuk perangai sebenar. Muahahahaha. Aku rasa dia ni pon bolehla..agak smart. Hehe..
Tinggi dia 181 cm, kurang 1 cm daripada Kai. Pun bagi aku dia agak tinggi sebab lebih daripada 180cm.
D.O
Aku ambil gambar dia bebanyak bukan aku obses tapi aku tak dapat nak cari gambar dia yang comel.
Nama dia ni D.O. Lahir tahun 1993 dan umur dia sekarang ialah 20 tahun. Tinggi dia ialah 173cm. Aha! My taste!
Aku rasa member EXO-K yang paling comel-lote ialah D.O ! Serius! Comel dowhh
Geram kat tang mata dia tu. Awww.. Suara dia paling power, i think so la.. hehe.. dia ni waktu interviu dengan Nicole, Hara (Kara) dengan IU memang cute. Sebab dia boleh tergagap. Aiyohh..
Suho
Leader of EXO-K group. Aku paling minat yang ni. Fufufufufu..
Dia dikenali sebagai second Choi Si Won (Super Junior)
Dia lahir tahun 1991 dan umur dia sekarang ialah 22 tahun.
Dia ni tinggi takdelah tinggi sangat 176 cm. Sah! memang taste aku.
Senyuman dia sangat comel. Hehe..
Baekhyun
Dia ni main vocalist bag kumpulan EXO-K. Lahir tahun 1992 dan berumur 21 tahun.
Tinggi dia 174 cm. Oklah tu..
Senang je nak cam mana Baekhyun, yang paling banyak nyanyi and mata dia yang sepet.
Alololo comel kan dia ni? Macam baby sikit-sikit. :3
Chanyeol
Dia lahir tahun 1992 dan umur dia sekarang ialah 21 tahun.
Dia ni paling tinggi dalam EXO-K iaitu 185 cm. Naa not my taste. Hehe..
Dia ni main rapper dan vocalist. Pernah muncul dalam SNSD Genie Japanese Version mia..
So aku dah perkenalkan semua geng EXO-K.. Lagu dia yang aku tahu sekarang ni yang famous ialah Mama dan History. Serius cakap memang lagu dia addicted giler! Sebab D.O dan Suho cool and comel kot. Hehe.. Paperpon hope korang okey dengan info aku bagi even tak berapa lengkap sebab aku bagi secara random je.
Credit toSumandu.wordpress.com and Google Image :) Korang kalau nak lebih info boleh usyar dekat SINI :) and I'm sure bile korang tengok D.O dan Suho banyak kali korang akan rasa deme cute sangat!
Tenkiu tenkiu sebab sudi baca. Tenkiu tenkiut saya memang kiut.
Papai . Assalamualaikum. Live well :D
p/s : Adik aku dah cop dah D.O tu! Geramnya !!! Dahla D.O comel tapi takpe Suho ade. Suho jela pengubat ati dalam group tu! >.<