Sebenarnya dah berapa banyak blog yang aku pernah buat tapi aku padam, aku edit, aku padam, aku edit lantas aku biarkan terkubur macam tu. Memang dah banyak gila sangat-sangat. Nak kira pakai jari pun tak boleh sebab dalam waktu tertentu aku akan merobek,mengoyakrabakkan blog tersebut kerana tidak berpuas hati dengan isi dan cara penyampaian sehingga bilangannya tidak ternilai. Cewah.
Aku tak berani jamin blog ini akan kekal atau sama sahaja hayatnya dengan blog-blog yang lain. Huhuhu. Tapi ia bukan masalah besar bagi aku kerana sepanjang aku berblog, follower aku yang tak berapa setia sangat tak sampai duapuluh orang. Err .. memang aku tak popular langsung.
But never mind, tujuan aku buat blog ini untuk mencurahkan segala rasa yang aku rasa. Almaklumlah tukang tanam anggur berdaulat memang macam aku ni memang muka takde kerja. Aku ada masa berapa bulan untuk aku bergiat aktif dalam industri ini sebab jika diizinkan Allah, aku akan menyambungkan pelajaran dengan bidang yang aku pohon. Amiin.. harapnya dapat, kalau tak dapat err taknak ada negative thinking !
Apa pun .. selamat datangkanlah diri aku ini dalam dunia blog. Tenkiu tenkiut saya memang kiut.
Papai. Assalamualaikum. Live well :D
tenkiu sebab sudi baca ..
mousukoshi(kanji words)rakudasai
siapa-siapa yang tahu kanji please let me know. Serius nak sangat berguru dengan korang C=